• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muktamar PAS Lulus Putus ‘Tahaluf Siyasi’ Dengan PKR

oleh
30/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seperti dijangka, Muktamar PAS ke-63 yang bersidang pada hari kedua hari ini, sebulat suara meluluskan usul memutuskan hubungan kerjasama politik (tahaluf siyasi) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Usul dibentangkan wakil Dewan Ulama PAS Pusat, Zulkifli Ismail itu mendapat sokongan padu lebih 1,000 perwakilan yang hadir pada muktamar tersebut selepas Pengerusi Tetap parti Hussein Ismail bertanyakan sama ada bersetuju atau tidak sebanyak tiga kali, yang diiringi jawapan setuju daripada perwakilan.

“Siapa setuju kata setuju…setuju. Siapa setuju kata setuju…setuju. Siapa setuju kata setuju…setuju. Ini jelas menunjukkan isu ini sangat serius,” katanya setelah mendengar gema laungan ‘setuju’ yang kuat para perwakilan.

Zulkifli dengan penuh bersemangat lantang mendakwa PKR tidak lagi merupakan rakan politik yang setia sebaliknya telah beberapa kali “menikam PAS dari belakang”.

“Hari ini kita berdepan dengan rakan tahaluf yang mewujudkan gelombang fahaman sekular dan sosialis dan gelombang ini sangat bahaya. Mereka (PKR) merupakan rakan tahaluf yang menikam Islam daripada belakang dan telah banyak berlaku pelanggaran syarat tahaluf,” katanya ketika membentangkan usul itu.

Zulkifli membawa suara ketiga-ketiga – Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat – membentangkan usul memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR. Usul berkenaan menjadi isu utama ketiga-tiga dewan, dan sebelum ini pada mesyuarat 21 PAS kawasan.

Bagaimanapun, keputusan muktamad perkara itu hanya akan diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin.

Zulkifli berkata PKR terus bertindak tanpa mempedulikan PAS apabila menyokong calon lain yang turut menentang Barisan Nasional ketika pilihan raya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

“Keceluparan dan kebiadapan mereka terhadap PAS tidak menunjukkan sikap setiakawan (PKR) dan hari ini kami ingin supaya tahaluf siyasi dengan PKR diputuskan dengan tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama PAS,” katanya.

Wakil Pemuda PAS Pasir Mas, Fadhli Shaari ketika bangun menyokong usul itu berkata tindakan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR dibuat selepas parti itu terus-menerus membelakangkan PAS dalam banyak perkara dan mencabar prinsip parti berteraskan Islam itu.

Sambil menyenaraikan lima insiden hubungan PAS-PKR pasca pilihan raya umum ke-13, beliau berkata PKR telah membelakangkan PAS dalam isu ‘Langkah Kajang’ apabila semua keputusan dibuat tanpa perbincangan dengan PAS.

“Insiden kedua, sikap PKR yang jelas tidak menyokong usaha PAS untuk memperkasa Mahkamah Syariah. Ketiga tindakan PKR mencuri anggota PAS manakala insiden keempat apabila PKR terus menerus berada sepentas dengan parti serpihan PAS.

“Selain itu, PKR juga melanggar prinsip satu lawan satu apabila mereka terang dan jelas menyokong parti ketiga yang bertanding pada pilihan raya umum Sungai Besar sehingga memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional,” katanya.

Fadhli berkata jika diikutkan, banyak lagi insiden yang ‘mewajibkan’ PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Isu tahaluf siyasi PAS dengan rakan sekutu dalam gabungan pakatan pembangkang – DAP dan PKR – menjadi antara isu utama yang dibincangkan perwakilan bermula sejak Muktamar PAS ke-59 pada 2013 kerana ia dilihat tidak menguntungkan PAS.

Pada 2015, PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP. – BERNAMA

Tags: Muktamar PASPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ini parti derita, tidak mungkin ini terjadi sahabat-sahabat," kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd