• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Lelaki Hanyut Dalam Banjir Dijumpai

oleh Ahmad Albab
18/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Mayat lelaki yang dikhuatiri lemas selepas kereta dinaikinya bersama seorang rakan terperangkap dalam banjir kilat di Jalan Sungai Gadut-Rantau empat hari lepas, ditemukan hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata mayat R. Sri Durai, 48, dijumpai di susur Sungai Linggi berhampiran Pekan Linggi pada pukul 11.20 pagi.

“Mayat ditemukan kira-kira 25km dari lokasi kejadian oleh pasukan khas Storm (Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia) semasa operasi mencari dan menyelamat dijalankan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk bedah siasat.

Dalam kejadian Sabtu lepas, mangsa yang memandu kereta Proton Saga FLX terperangkap di dalam keretanya selepas kenderaan itu dihanyutkan arus deras ke Sungai Simen ketika hujan lebat, manakala rakannya, M. Siva Ganes, 35, berjaya menyelamatkan diri.

Kereta mangsa bagaimanapun ditemukan di Sungai Simen, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian, iaitu di Ladang Kombok pada pukul 11.38 malam, hari yang sama. – BERNAMA

Tags: mati lemasMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd