• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mantan ADUN Lahad Datu Meninggal Dunia

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Mantan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Amat Jamlee, 76, meninggal dunia di kediaman anaknya di Taman Aman Jaya di sini, pukul 1.40 tengah hari tadi.

Anak perempuannya Saloma Mohd Yusof, 54, yang mengesahkan perkara itu berkata Allahyarham mengalami sakit strok dan telah dimasukkan ke Hospital KPJ di Kota Kinabalu hampir dua bulan.

“Ayah sudah lama sakit…selepas dua bulan dimasukkan ke hospital, kami bawa ayah balik ke rumah kira-kira 10 bulan lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Allahyarham yang memenangi kerusi DUN Lahad Datu pada Pilihan Raya Umum 1994 itu meninggalkan empat balu dan 18 orang anak.

Difahamkan, solat jenazah akan diadakan di Masjid Tuan Guru Hj Muda esok sebelum jenazah dikebumikan kira-kira 10 pagi di tanah perkuburan Islam, Kampung Bikang di sini. – BERNAMA

Tags: adunDatuk Mohd Yusof Amat Jamleemeninggal dunia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tengku Puteri Zainah, Bekas Isteri Najib Razak Meninggal Dunia

Tengku Puteri Zainah, Bekas Isteri Najib Razak Meninggal Dunia

05/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas isteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, 65, dilaporkan meninggal dunia...

Fadhli Shaari Bangkit Hubungan ADUN, Zetrix AI Dengan Syarikat Pembangun Aplikasi TuJu

Fadhli Shaari Bangkit Hubungan ADUN, Zetrix AI Dengan Syarikat Pembangun Aplikasi TuJu

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari membangkitkan hubungan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd