• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Lemas Di Sungai Pahang Ditemui

oleh Ahmad Albab
07/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Mayat seorang lelaki yang bertindak terjun ke dalam Sungai Pahang selepas terkejut dengan kehadiran pihak polis, Isnin lepas, ditemui di sungai berhampiran tanah perkuburan Kampung Ketapang, di sini, malam tadi.

Mayat Ahmad Shaifullah Abdul Rahman, 33, ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadi pada 11.30 malam oleh adiknya, Ahmad Jauhari, 25, yang melakukan pencarian bersama tiga lagi rakannya dengan menaiki dua buah bot.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Amran Sidek berkata, adiknya menemui mayat abangnya dalam keadaan terapung di sungai berkenaan dengan jarak kira-kira 50 meter dari ebing sungai.

“Adik mangsa dan rakannya kemudian bergegas mengangkat mayat berkenaan dan mengesahkan ia adalah abangnya yang dilaporkan hilang selepas membuat pengecaman.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pekan bagi bedah siasat dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati lemas,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

“Tiada kesan unsur jenayah ditemui pada tubuh mangsa dan jenazah telah pun dituntut oleh ahli keluarga bagi urusan pengebumian.

Dalam kejadian pada pukul 4 petang itu, mangsa yang ketika itu sedang memancing bersama rakannya di tebing Sungai Pahang berhampiran Kampung Pulau Enjin dilaporkan telah terjun ke sungai berkenaan setelah terkejut dengan kehadiran polis yang melakukan rondaan di kawasan itu.

Mereka kemudian dilaporkan berenang kira-kira 200 meter ke tengah sungai, sebelum mangsa dilaporkan lemas manakala rakannya berjaya berenang ke tebing. – BERNAMA

Tags: mati lemasMayat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd