• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Peruntuk 15% Tempat Bagi Pelajar Asing

oleh Ahmad Albab
03/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Malaysia akan memperuntukkan 15 peratus daripada tempat di universiti awam untuk pelajar asing sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk meliberalisasi sistem pendidikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada sidang media bersama dengan rakan sejawatannya dari India Narendra Modi, Najib berkata pelajar dari India boleh merebut peluang untuk mengikuti pengajian di Malaysia sebagai sebahagian daripada pengiktirafan bersama terhadap kelayakan pendidikan antara kedua-dua negara.

“Pendidikan adalah amat penting dan saya mengucapkan terima kasih kepada India kerana menyediakan tempat bagi pelajar Malaysia (di India), terutama dalam bidang perubatan dan pergigian,” kata beliau selepas mesyuarat delegasi dengan Modi di Hyderabad House sempena lawatan beliau selama enam hari ke India.

Sebelum sidang media itu, kedua-dua pemimpin menyaksikan pertukaran enam Memorandum Persefahaman (MoU) dan satu perjanjian antara kedua-dua negara, termasuk satu antara Association of Indian Universities (AIU), New Delhi dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mengenai Pengiktirafan Bersama Kelayakan Pendidikan untuk menggalakkan pelajar meneruskan pengajian di negara antara satu sama lain dalam semua bidang.

Najib juga mengumumkan satu lagi inisiatif untuk meningkatkan sektor pelancongan yang akan menyaksikan pelancong India memperoleh visa tanpa bayaran dengan kelulusan dalam tempoh 48 jam untuk lawatan 15 hari dan pelbagai kemasukan.

“Saya memberitahu Perdana Menteri Modi, Kita telah mengambil keputusan untuk membenarkan visa tanpa bayaran. Ini akan meningkatkan sektor pelancongan dan hubungan rakyat dengan rakyat,” kata beliau.

Jumlah pelancong dari India menurun daripada 722,141 orang pada 2015 kepada 638,578 orang tahun lepas.

Pada sidang media itu, Najib, yang tiba di negara itu pada Khamis, berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada Mody kerana pelbagai kontrak yang diberikan kepada syarikat-syarikat Malaysia termasuk projek infrastruktur seperti pembinaan lebuh raya.

Najib menyifatkan hubungan antara kedua-dua negara berada di tahap tertinggi dalam sejarah dan menambah cadangan pembangunan kilang pengeluaran urea dan ammonia di Malaysia adalah amat signifikan oleh pelabur India.

Beliau berkata kedua-dua pemimpin berharap Perjanjian Perkongsian Kerjasama Ekonomi Komprehensif (RCEP) dapat dimuktamadkan menjelang akhir 2017 sambil menambah kerjasama perdagangan yang baharu adalah perlu selepas “pembubaran” Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP).

Modi, yang melawat Malaysia pada 2015, berkata mereka bersetuju untuk meningkatkan perkongsian strategik dengan memberi keutamaan kepada pendekatan berorientasikan tindakan dan meneroka bidang-bidang baharu kerjasama.

Beliau berkata India mengalu-alukan syarikat-syarikat Malaysia untuk memanfaatkan peluang pernigaan yang luas termasuk penubuhan 100 bandar pintar dan banyak projek infrastruktur. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakPelajar Asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd