• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makkah Dilanda Ribut Adakah Ia Petanda Buruk?

oleh Ahmad Albab
30/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Mereka yang memang sakit hati dengan PAS tanpa pertimbangan akal yang waras terus menganggap ia bala Allah S.W.T kepada PAS.”

Demikian reaksi segera PAS berhubung tindakan penyokong Pakatan Harapan mengambil kesempatan mewar-warkan insiden sebuah khemah di muktamar parti itu tumbang akibat ditiup angin kencang semalam sebagai bala Allah S.W.T.

PAS dalam satu kenyataan media berhubung insiden itu berkata, Allah menguji hambaNya dengan pelbagai ujian termasuk ribut sama ada hambaNya yang soleh atau tidak.

“Makkah khususnya Masjidilharam acapkali juga dilanda ribut. Adakah ia menandakan sesuatu yang buruk? Bersabarlah wahai mereka yang sedang diuji.

“Bagi orang mukmin, ia hadapi ujian itu dengan sabar, lantas ia mendapat pahala. Bagi orang yang tidak mukmin, ribut dan derita orang lain menjadi modal untuknya melepaskan nafsu geram,” kata kenyataan itu malam tadi.

Penyokong Pakatan Harapan sejurus insiden yang mencederakan beberapa petugas PAS itu berlaku mewar-warkan di media sosial tragedi itu berlaku disebabkan bala yang Allah S.W.T turunkan ke atas PAS kerana mengecam Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan merupakan sebuah gabungan parti pembangkang yang diketuai parti sekular DAP dan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Presiden PAN, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu malah mengeluarkan satu kenyataan yang diragui keikhlasannya dalam menzahirkan simpati terhadap insiden itu.

“Kejadian tidak disangka-sangka, angin ribut yang melanda Kedah dan turut melintasi Batu 9, di mana kawasan Muktamar Parti Islam sedang berlangsung sehingga ada kerosakan dan kecederaan, sangat mengejutkan kita semua.

“Ujian daripada Allah berlaku kepada sesiapa jua mengikut takdir dan kehendakNya. Sebagai orang Islam, kita perlu redha dengan ketentuan dan sedikit ujian ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pakatan harapanPASribut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd