• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majikan Wajib Mohon Pekerja Secara Dalam Talian

oleh Ahmad Albab
06/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Semua majikan diwajibkan membuat permohonan mendapatkan pekerja asing secara dalam talian mulai 1 April, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata peraturan itu terpakai bagi permohonan pekerja asing dari semua negara sumber kecuali permohonan pembantu rumah asing.

Beliau berkata langkah itu dilaksanakan bagi memastikan majikan tidak tertipu oleh ejen dan membayar kos berlebihan serta mengelakkan ejen mengambil kesempatan terhadap kesempitan pekerja asing.

“Keputusan mewajibkan permohonan secara dalam talian adalah demi kebaikan semua agar KDN (Kementerian Dalam Negeri) dan Jabatan Imigresen tidak terus dilemparkan dengan pelbagai tuduhan,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan KDN, di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya semasa perhimpunan itu, Ahmad Zahid berkata permohonan sebelum ini boleh dibuat secara manual atau melalui ejen yang mengutip bayaran perkhidmatan tidak munasabah kepada bakal pekerja.

Ahmad Zahid menyelar ejen yang mengambil kesempatan terhadap kesusahan pekerja asing.

“Yang mahu kerja di sini orang susah, mereka bayar puluhan ribu Ringgit, jual rumah, jual hartanah, ambil pinjaman dengan along di negara mereka.

“Bila (mereka) berlambak di sini, tiada majikan ambil mereka bekerja dan akhirnya harta mereka dilelong, anak isteri yang tinggal susah dikejar oleh along,” katanya. – BERNAMA

Tags: majikanpekerja asing
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Sudah Sampai Masa Pemprosesan Pekerja Asing Ditambah Dan Dipermudahkan” – DAP

“Sudah Sampai Masa Pemprosesan Pekerja Asing Ditambah Dan Dipermudahkan” – DAP

24/07/2026
0

KUALA LUMPUR – DAP mengemukakan syor kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menambah dan mempermudahkan pemprosesan pekerja asing...

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd