• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Cuba Bakar Imam Kerana Solat Lama

oleh Ahmad Albab
16/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NABLUS – Seorang lelaki ditangkap selepas dia cuba membakar imam sebuah masjid di barat bandar ini, menurut agensi berita Palestin, Maan, memetik satu sumber keselamatan.

Lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pengawal di sebuah bangunan di bandar ini membawa sebotol minyak tanah dan melemparkannya pada imam yang masih berada di dalam masjid itu selepas solat Subuh.

Suspek kemudian cuba menyalakan api dalam usaha membakar imam itu. Kebakaran berlaku tetapi berjaya dipadamkan oleh beberapa jemaah.

Imam itu terselamat manakala masjid itu mengalami kerosakan kecil. Polis yang tiba di tempat kejadian berjaya menahan lelaki berusia 50 tahun itu, menurut laporan berkenaan.

Sumber memberitahu, lelaki itu sebelum ini sudah berulang kali memberi amaran kepada imam berkenaan supaya tidak memanjangkan solat fardu.

“Imam itu tidak mengendahkan amaran supaya memendekkan solat. Ia menyebabkan lelaki itu berang dan mendorong dia bertindak membakar imam terbabit,” kata sumber itu.

Lelaki itu bukan sahaja berdepan tuduhan cuba membunuh, tetapi juga akan didakwa atas tuduhan menyerang tempat ibadah, membakar dan menyebabkan kerosakan. – Agensi/myMetro Online

Tags: Imamsolat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Solat Dengan Bunian: Pendakwah Dakwa Video Lama, Sudah Diturunkan

Solat Dengan Bunian: Pendakwah Dakwa Video Lama, Sudah Diturunkan

06/05/2025
0

Alor Setar: Pendakwah terkenal, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli tampil memberi penjelasan bahawa video yang tular membabitkan seorang ulama...

Tak Baca Khutbah Disediakan JAIPk, 4 Imam Digantung Tugas

Tak Baca Khutbah Disediakan JAIPk, 4 Imam Digantung Tugas

09/02/2025
0

IPOH: Empat khatib yang juga imam masjid di negeri ini digantung tugas sementara kerana menyampaikan khutbah Jumaat bukan dikeluarkan Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd