• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki China Tarik 7 Buah Kereta Guna Testis

oleh AK-47
05/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUAR biasa… Seorang pengamal seni mempertahankan diri dari China ini mampu untuk menarik tujuh buah kereta hanya dengan menggunakan testisnya.

Ye Wei, 39, yang berasal dari bandar Zibo, wilayah Shandong melakukan aksi gila itu dengan menarik 7 buah kereta dari jenis Audi seberat 12 tan sejauh lapan meter hanya menggunakan tali yang diikat pada buah zakarnya.

Kejayaan Wei melakukan aksi itu sekali gus memecahkan rekod peribadinya yang terdahulu iaitu menarik lima buah kereta menggunakan kaedah yang sama.

Lelaki China Tarik 7 Buah Kereta Guna Testis

Video Wei melakukan aksi luar biasa itu dikongsi oleh Pear Video minggu lalu.

Rakaman video dari sebuah telefon bimbit memperlihatkan puluhan orang ramai menyaksikan aksi tersebut bersorak memberi semangat kepada Wei.

Wei yang sudah tiga dekad belajar seni mempertahankan diri bangga mempertontonkan teknik yang dipanggil ‘Xi Sui Gong’ yang dipelajarinya yang juga diamalkan oleh masyarakat Tao untuk meningkatkan tahap kesuburan mereka.

Selain itu, Wei juga turut mencipta tekniknya yang tersendiri dikenali sebagai Tai Chi Zen iaitu kombinasi Tai Chi dan Taoisme.

Dr. Chen Yu dari Jabatan Urologi Hospital Memorial Linkou Chang menerusi satu temubual kepada laman tempatan berkata teknik ‘Xi Sui Gong’ itu mampu mencegah masalah ejakusi pramatang dan meningkatkan prestasi ketika di ranjang.

Terdahulu, seorang pengamal seni mempertahankan diri yang mengamalkan teknik Iron Crotch mempamerkan kebolehannya menghentikan hayunan tiang kayu hanya menggunakan kelangkangnya sahaja. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Chinatestis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd