• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lampu Isyarat Kesalahan Dikenakan AWAS, KEJARA

oleh Ahmad Albab
02/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Hanya dua daripada 21 kesalahan akan dikenakan tindakan mengikut Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) yang bermula semalam, buat masa ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron berkata dua kesalahan itu adalah memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah.

“Antara kesalahan lain ialah memandu di bawah pengaruh alkohol dan memandu melebihi had muatan bagi kenderaan perdagangan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Satu Komuniti Satu JPJ Daerah Kinta di sini hari ini.

Nadzri menjelaskan dua mata demerit akan dikenakan kepada pemandu kenderaan persendirian, manakala enam mata dikenakan bagi pemandu kenderaan perdagangan jika memandu melebihi had laju yang dirakam menerusi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

“Selepas mencapai 20 mata demerit kita akan menggantung lesen pemandu berkenaan selama enam bulan dan selepas itu jika mata demerit mencecah 40, lesen tersebut akan digantung selama lapan bulan dan seterusnya berdepan tindakan pembatalan lesen,” katanya.

Nadzri berkata pihaknya akan berusaha untuk memastikan gabungan AWAS dan KEJARA dilaksanakan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

“Buat masa ini kita kena didik rakyat, bagi kesedaran mengenai dua kesalahan pertama itu terlebih dahulu…kerana sistem ini dilaksanakan bukan untuk menyusahkan rakyat,” katanya.

Bulan lepas, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata melalui pelaksanaan gabungan AWAS dan KEJARA itu, pengguna jalan raya diharapkan akan lebih berhemat dalam pemanduan sekali gus mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.

Katanya kerajaan tiada pilihan selain mengetatkan penguatkuasaan dan undang-undang jalan raya memandangkan kemalangan maut di Malaysia semakin meningkat. – BERNAMA

Tags: AWASKEJARA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tahap Kepatuhan Kepada AwAS Cecah 99 Peratus – JPJ

31/05/2022
0

PUTRAJAYA : Tahap kepatuhan pengguna jalan raya terhadap Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) mencecah 99 peratus khususnya pada musim perayaan...

Saman AWAS: Kalau Pemandu Ingin Buang Air Besar?

08/04/2019
0

KUALA LUMPUR - "Bagaimanakah sekiranya pemandu terpaksa memandu laju kerana tiba-tiba sakit perut dan ingin membuang air besar, namun disaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd