• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bicara Kes Saman Anwar Terhadap TV3, 10 Julai

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan empat hari bermula 10 Julai untuk perbicaraan kes saman bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap TV3 berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Perkara itu dimaklumkan peguam Lim Qi Shi kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Pesuruhjaya Kehakiman, Rohani Ismail yang turut dihadiri peguam Shahid Adli Kamarudin, mewakili Anwar.

Lim mewakili TV3 dan dua defendan lain iaitu Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen dan Radio, Media Prima Bhd., Datuk Shaharudin Abd Latif dan Pengarang Berita Buletin Utama, Ing Boon Seng.

Lim berkata mahkamah menetapkan 10 hingga 13 Julai untuk perbicaraan dan 15 Jun bagi pengurusan kes dan kedua-dua pihak juga perlu memfailkan pernyataan saksi mereka untuk digunakan dalam perbicaraan sebelum atau pada 15 Jun.

Pada 8 Mac 2013, Anwar memfailkan saman dengan mendakwa Utusan Melayu (M) Bhd. menyiarkan artikel di muka hadapannya bertajuk ‘Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?’ dan artikel di muka surat sembilan bertajuk ‘Tiga kumpulan menjadi dalang’ bertarikh 2 Mac 2013.

Dalam pernyataan tuntutannya, bekas anggota Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa TV3, antara pukul 8 dan 9 malam, hari yang sama dalam Buletin Utama turut menyiarkan berita mengenai pencerobohan di Lahad Datu berdasarkan laporan berita yang dikeluarkan oleh Utusan Melayu.

Pada 5 Oktober 2016, Anwar berjaya menyelesaikan kes saman itu terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes saman itu. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

23/10/2026
0

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar pada Isnin depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan....

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

Raja Permaisuri Agong Bimbang Isu Kesihatan Mental Pelajar Semakin Meruncing

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan kebimbangan terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd