• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konsep Doktor Keluarga Di Klinik Lebih Berkesan

oleh Ahmad Albab
27/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LENGGONG – Kementerian Kesihatan akan berusaha untuk menerapkan konsep doktor keluarga di Klinik Kesihatan bagi membolehkan rakyat mendapat rawatan berterusan.

Menterinya Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata konsep doktor keluarga dilihat sangat berkesan berbanding mendapat rawatan daripada seorang doktor kepada doktor yang lain.

“Melalui khidmat doktor keluarga, nasihat, runding cara, rawatan awal dan tindak susulan secara sistematik dapat diberikan kepada pelanggan, sekali gus membantu pelanggan mengekalkan kesihatan yang optima sepanjang masa.

“Jika rakyat lebih sihat, ini dapat mengurangkan kemungkinan daripada mereka memerlukan rawatan sekunder di hospital,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Klinik Kesihatan Lenggong hari ini oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Dr Subramaniam berkata seiring dengan perkembangan dunia perubatan, kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan bagi memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan bertaraf antarabangsa kepada rakyat.

Katanya bagi Perak sendiri, sehingga kini terdapat 15 hospital sedang beroperasi dengan lima daripadanya adalah hospital berpakar, 82 klinik kesihatan; 70 klinik pergigian; 11 klinik kesihatan ibu dan anak; 233 klinik desa serta 25 klinik 1Malaysia.

“Perak amat bertuah sebagai negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia dengan populasi penduduk yang besar serta lengkap dari segi infrastruktur dan prasarana termasuklah bidang kesihatan,” katanya.

Mengeni Klinik Kesihatan Lenggong, Dr Subramaniam berkata ia mempunyai seramai 122 petugas termasuk seorang pakar perubatan keluarga, tujuh pegawai perubatan selain anggota paramedik dan sokongan.

Katanya sejak klinik itu beroperasi pada 3 Feb 2014, kedatangan bulanan di perkhidmatan kecemasan selepas waktu pejabat adalah 650 orang sebulan, manakala purata kedatangan harian meningkat sebanyak 48 peratus.

“Pertambahan kedatangan pesakit merupakan sesuatu yang positif kerana ia menunjukkan perkhidmatan kesihatan yang lengkap dan pelbagai dalam satu klinik seterusnya memastikan kesejahteraan kesihatan rakyat di Lenggong,” katanya. – BERNAMA

Tags: doktorDr S. Subramaniam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Beban kerja yang tinggi serta waktu kerja yang panjang dikenal pasti antara sebab utama doktor dan pakar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd