Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Rampas Keropok Guna...

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perak merampas 396 bungkus...

MTUC Mahu Gaji Minimum...

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan menaikkan kadar gaji...

JBPM Periksa Bangunan Kempen...

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sudah memeriksa sebanyak...

Pakatan Akan Bincang Isu...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata beliau akan mengadakan...

KFA Terima Notis Tamat Kontrak Cheng Hoe

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengesahkan jurulatih skuad bola sepak Kedah, Tan Cheng Hoe telah menghantar surat untuk meletakkan jawatan kepada persatuan itu pada 1 April lalu.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, pihaknya telah meneliti notis penamatan kontrak daripada Cheng Hoe tersebut.

Bagaimanapun, katanya, pengurusan tertinggi KFA mahu Cheng Hoe mengemukakan surat tawaran rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai perlantikan beliau sebagai penolong jurulatih pasukan kebangsaan terlebih dahulu.

“Selagi tiada tawaran rasmi dan pengesahan dari pihak FAM, KFA tidak membuat apa-apa keputusan mengenai kedudukan jurulatih Cheng Hoe dalam masa terdekat.

“Setakat ini tiada permohonan rasmi dari FAM mengenai hasrat FAM untuk melantik Cheng Hoe sebagai penolong jurulatih pasukan kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah berkata, secara status quo, Tan Cheng Hoe kekal sebagai ketua jurulatih pasukan Kedah kerana beliau masih terikat dengan kontrak perkhidmatan bersama KFA.

Menurutnya, KFA hanya akan membuat keputusan selanjutnya mengenai kedudukan Cheng Hoe selepas meneliti perkara-perkara yang disebutkan terbabit.


“KFA amat memandang serius dengan artikel-artikel di media massa yang boleh memberi imej buruk kepada KFA, diharapkan pihak media lebih berhati-hati dalam menyampaikan maklumat dan mendapatkan pengesahan terlebih dahulu dari pihak KFA,” katanya.

Mynewshub semalam melaporkan, selepas pelantikan Mario Gomez sebagai jurulatih Harimau Malaysia minggu lalu, nama Cheng Hoe, disebut-sebut bakal mengisi jawatan sebagai pembantu di kem pasukan kebangsaan.

Namun ia menimbulkan cakap-cakap belakang tidak sedap didengar, apabila ada dakwa tindakan mengambilnya sebagai satu cara untuk melemahkan pasukan Kedah yang kini cukup cemerlang dalam saingan Liga Malaysia.

Ia bagaimanapun segera dinafikan oleh Presiden baharu FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menegaskan pemilihan Cheng Hoe dibuat sendiri oleh Gomez tanpa dipengaruhi oleh FAM. – MYNEWSHUB.CC

Kategori