• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketiadaan 2 ‘Awang’ Import Jejas Pasukan T-Team

oleh AK-47
21/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Ketiadaan dua tonggak import sedikit menjejaskan persiapan pasukan T-Team apabila bertemu Selangor dalam aksi Liga Super di gelanggang sendiri, minggu depan.

Ia berikutan ‘awang’ import pasukan itu Farhod Tadjiyev dan Dilshod Sherofetdinov terpaksa pulang ke Uzbekistan untuk memperbaharui visa yang akan tamat tempoh, dan terlepas daripada mengikuti sesi latihan sepanjang menguruskan visa di negara kelahiran mereka.

Ketua jurulatih T-Team, Rahmad Darmawan bagaimanapun yakin kedua-dua pemain berkenaan sempat beraksi pada perlawanan itu nanti.

“Mereka terpaksa pulang ke negara mereka, Ahad lalu untuk satu tempoh mungkin seminggu atau lebih seminggu…saya tidak pasti. Ia sedikit merencatkan persiapan pasukan dan merisaukan kita,” katanya kepada pemberita, di sini.

Situasi berkenaan jelas menambah keresahan pengendali dari Indonesia itu terhadap tahap kecergasan dua tonggak importnya itu, lebih-lebih bagi menghadapi Selangor.

Dalam pada itu, beliau berpuas hati dengan prestasi seorang lagi pemain import, Mamadou Samassa, 31, yang mula menunjukkan keserasian bersama rakan sepasukan.

“Malah, beliau juga sudah dapat menyesuaikan diri dengan cuaca di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Rahmad menuntut barisan pemainnya supaya kekal fokus bagi memburu tiga mata penuh apabila bertemu Selangor, kelak. – BERNAMA

Tags: Dilshod SherofetdinovFarhod TadjiyevT-Team
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

T-Team Kekal Dalam Liga Super Musim Depan

29/10/2017
0

KUCHING - Tiada yang lebih menggembirakan jurulatih T-Team Rachmat Darmawan selain bersyukur apabila pasukannya berjaya mengekangkan Sarawak, sekali gus kekal...

Piala Malaysia: T-Team Bangkit Dari Kekalahan Bertimpa

02/08/2017
0

KUALA TERENGGANU – Selepas mengharungi empat perlawanan tanpa sebarang kemenangan dalam kempen Piala Malaysia, pasukan T-Team bangkit menebus kekecewaan itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd