Sample Page Title

KUALA PILAH – Kerajaan komited dan serius dalam membantu rakyat, terutamanya di kawasan bandar, menangani kos sara hidup dengan menganjurkan pelbagai inisiatif, antaranya program ‘MyBest Buy’.

Program ‘MyBest Buy’ anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), adalah satu program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan, yang bermatlamat membantu rakyat jimat berbelanja dengan menawarkan harga jualan barangan keperluan lima hingga 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Seri Hasan Malek berkata walaupun usaha ini nampak kecil, tetapi ia memberi impak yang baik kepada masyarakat.

“Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Kita juga boleh nampak kejayaan pihak kerajaan melahirkan lebih ramai usahawan terutamanya yang berniaga melalui food truck, dan mereka yang berniaga di sini pun tidak dikenakan sewa tapak,” katanya kepada media.

Hasan berkata demikian selepas merasmikan Program ‘MyBest Buy’ di FAMA Kuala Pilah, di sini hari ini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kuala Pilah berkata rakyat memberi sambutan yang baik terhadap program seperti ini kerana ia memenuhi keperluan mereka.

“Saya lihat tadi, walaupun hujan renyai, mereka tetap beratur membeli minyak masak 5kg yang dijual pada harga RM18.50, berbanding harga pasaran RM21,” katanya.


Sementara itu, Pengarah FAMA negeri Muslim Manja berkata program ‘MyBest Buy’ telah diadakan di tiga lokasi di negeri ini.

Selain Kuala Pilah, turut diadakan di Institut Latihan FAMA Port Dickson dan Pasar Komuniti dan Karavan, Paroi.

“Akan datang kami merancang untuk mengadakannya di Jempol. Program ini diadakan sebulan sekali pada hari Isnin dan operasi bermula 8 pagi hingga 3 petang,” katanya.

Muslim berkata seramai 50 peniaga mengambil bahagian dalam program hari ini.

Antara barangan keperluan yang dijual ialah bawang merah besar dijual pada harga RM3 seguni, ayam segar (RM7.80 sekilo), jagung manis (RM10 untuk 12 tongkol) dan santan kelapa dijual pada harga RM10.50 sekilo. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...