• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Pendidikan Tak Akan Campur Tangan

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kementerian Pendidikan tidak akan campurtangan dalam hal pelajar yang telah menjadi kes polis dan diselesaikan mengikut saluran undang-undang, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata Pengetua dan Guru Besar khususnya telah diingatkan agar tidak melindungi sebarang perbuatan pelajar yang menyalahi undang-undang atua disiplin sekolah.

“Kementerian sentiasa memandang serius pembabitan pelajar dengan kumpulan samseng, penyalahgunaan najis dadah dan bahan-bahan terlarang dan sebagainya.

“Kita akan tolong selagi boleh termasuk memberi kaunseling,” kata Mahdzir pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia ke-56 di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan polis semalam memberkas 13 orang pelajar sebuah sekolah menengah di Klang yang terbabit dengan aktiviti kumpulan samseng.

Mahdzir berkata walaupun penglibatan pelajar dengan kumpulan samseng masih terkawal namun ibu bapa perlu mengambil berat dan mengetahui aktiviti anak-anak mereka selepas waktu sekolah.

Dalam isu lain beliau berkata Kementerian Pendidikan akan memperkemaskan silibus mata pelajaran Sejarah untuk mengisi ‘lompang’ lima tahun dari tarikh kemerdekaan negara pada 1957 sehingga Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada 1963.

Katanya banyak fakta tidak dimasukkan menyebabkan generasi sekarang tidak memahami dengan jelas mengenai penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia.

Dalam ucaptamanya, Mahdzir berkata kes-kes pelajar terlibat dengan kumpulan samseng berlaku di kawasan-kawasan tertentu sahaja manakala pengambilan air ketum lebih banyak di negeri di utara semenanjung Malaysia.

Beliau berkata guru-guru yang mempunyai kebolehan dalam bidang ICT perlu mengembangkan bakat dengan membantu kementerian menjayakan konsep dunia pendidikan digital. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir KhalidGeng 24pelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd