• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Sedia Terima Pendapat Hukuman Rotan

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan sedia menerima pendapat orang ramai berhubung hukuman rotan ke atas pelajar sekolah, kata Timbalan Menterinya Datuk Chong Sin Woon.

“Pada ketika ini kami tidak akan mempertimbangkan untuk memansuhkan hukuman rotan, tetapi pihak kementerian sentiasa terbuka kepada sebarang pendapat. Kalau masyarakat rasa ia (hukumen rotan) perlu dihentikan, kita perlu bincangkan,” katanya.

Beliau mengulas cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia yang mahu kementerian menghapuskan hukuman rotan di sekolah susulan kematian pelajar sekolah tahfiz Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, di Johor pada Rabu lepas.

Chong berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pada majlis Anugerah Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) Peringkat Kebangsaan 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Tambahnya, ibu bapa perlu lebih prihatin serta meluangkan lebih masa bersama anak-anak agar dapat mengetahui perkembangan mereka.

“Saya minta orang dewasa, ibu bapa, serta saudara mara untuk lebih prihatin tentang anak mereka. Anda perlu berkomunikasi dengan anak anda. Kalau tidak berkomunikasi dengan anak mereka, mereka tidak akan beritahu apa yang berlaku pada mereka. Mungkin mereka (anak-anak) takut sangat untuk berkongsi pengalaman mereka,” katanya.

Chong juga berkata walaupun bekas banduan boleh diberi peluang untuk bekerja di sekolah, tetapi mereka sepatutnya ditempatkan di sektor yang bersesuaian seperti menjadi pengawal keselamatan.

“Bukan kita tidak boleh ambil bekas banduan bekerja, tetapi bagi saya mereka tidak boleh dilantik untuk kerja-kerja menjaga atau ada hubungan secara langsung dengan anak kita. Mungkin mereka boleh menjadi pengawal keselamatan tetapi bukan warden,” jelasnya.

Sementara itu, anugerah Nilam yang diperkenalkan pada tahun 2003 itu merupakan pengiktirafan tertinggi Kementerian Pendidikan dalam usaha memupuk tabiat membaca dalam kalangan pelajar, selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan.

Ia membabitkan empat kategori anugerah iaitu sekolah rendah kategori Bahasa Melayu, sekolah rendah kategori Bahasa Inggeris, sekolah menengah kategori Bahasa Melayu dan sekolah menengah kategori Bahasa Inggeris.

Selain itu, Anugerah Nilam Pendidikan Khas 2017 (ANPK 2017) turut disampaikan Chong kepada enam pelajar bagi tiga kategori iaitu kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendengaran dan bermasalah pembelajaran.

Bagi pemenang ANPK 2017 kategori kurang upaya penglihatan, Nik Muhamad Ahnaf Rujhiee Raja Anuar, 12, dia gembira dan bersyukur atas kemenangan sulungnya hari ini.

Pelajar itu yang berjaya membaca sebanyak 150 buah buku ‘braille’ sejak tahun lepas itu berkata minat membaca yang mendalam serta galakan daripada guru merupakan pendorong kejayaannya.

“Saya disahkan buta sejak umur enam tahun tetapi ia tidak menghalang saya daripada membaca buku terutama buku berunsur Islamik,” katanya ketika ditemui pemberita.

Anak sulung daripada empat beradik yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Batu, di sini itu membawa pulang RM1,000, sijil dan tablet. – BERNAMA

Tags: Datuk Chong Sin Woon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MCA Mahu Terus Raih Keyakinan Rakyat Pelbagai Kaum – Chong Sin Woon

MCA Mahu Terus Raih Keyakinan Rakyat Pelbagai Kaum – Chong Sin Woon

02/08/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan memberi petanda positif...

Bukan BN Tapi PH Yang Bermain Isu Perkauman – Chong Sin Woon

Bukan BN Tapi PH Yang Bermain Isu Perkauman – Chong Sin Woon

02/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon melahirkan rasa kesal dengan tuduhan Pakatan Harapan (PH) konon Barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd