• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejadian Ribut Di Kompleks PAS Kedah Ujian Allah SWT

oleh Ahmad Albab
30/04/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi kononnya kejadian ribut di Kompleks PAS Kedah yang menjadi venue Muktamar PAS ke-63 sebagai bala Allah Subhanahuwataala (SWT).

Sebaliknya, kata beliau kejadian itu hanyalah satu ujian daripada Allah SWT dan berada di luar kawalan manusia.

“Kita harap perkara ini tidaklah dispekulasikan oleh orang ramai, kita doakan kesihatan mangsa-mangsa yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa ribut itu di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan sesetengah pihak di laman sosial termasuk penyokong beberapa parti pembangkang yang menyifatkan insiden berkenaan sebagai bala Allah.

Tuan Ibrahim bersama-sama Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi yang tiba di hospital itu kira-kira 1 tengah hari, meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat seorang mangsa di Wad 6C, Zainaton Man, 45, yang patah buku lali kanan dalam kejadian ribut itu.

Dalam kejadian kira-kira 7.25 malam semalam, 19 orang dilapor cedera termasuk seorang tidak sedarkan diri apabila sebuah khemah menempatkan pameran dan jualan Kelab Keusahawanan Haraki (KU_Haraki) di Kompleks PAS Kedah ranap dipukul ribut.

Tuan Ibrahim berkata hanya seorang daripada 13 mangsa yang dirujuk ke HSB semalam masih dirawat di hospital berkenaan, manakala yang lain sudah dibenarkan pulang.

Katanya keadaan keseluruhan kawasan kompleks PAS Kedah terkawal dan Muktamar PAS ke-63, yang akan berakhir esok, berjalan seperti dijadualkan.

Pihak urusetia muktamar sedang melakukan kerja-kerja pembersihan. Anggaran kerugian belum diketahui.

“Kita jangkakan selewat-lewatnya petang ini atau pagi esok gerai-gerai jualan boleh dibuka seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, Zainaton berkata ketika kejadian beliau bersama suami, Zaharid Ahmad, 48, dan empat anak mereka sedang berada di sebuah gerai di bawah khemah utama itu, sebelum ribut tiba-tiba melanda dan meranapkan khemah tersebut.

“Suami saya sempat membawa empat anak masuk ke dewan utama manakala saya tidak sempat menyelamatkan diri dan dihempap khemah tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: Muktamar PASribut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

16/09/2024
0

Alor Setar : Tiga buah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd