• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Ketuai Kemaraan 3 Pasukan Ke Separuh Akhir

oleh Ahmad Albab
22/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara tiga kali Piala FA, Kedah mengetuai kemaraan tiga pasukan ke peringkat separuh akhir setelah berakhir aksi suku akhir kedua saingan itu, malam tadi.

Walaupun kalah 0-1 kepada Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) pada aksi timbal balik di Stadium Perak, Ipoh malam ini, skuad Lang Merah layak ke separuh akhir menerusi agregat 6-2.

Pada aksi di Ipoh itu, gol tunggal perlawanan dijaringkan Muhammad Shahrel Fikri pada minit ke-10.

Untuk rekod, Kedah menang bergaya 6-1 ke atas PKNP FC pada aksi suku akhir pertama di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 1 April lepas.

Juara dua kali Piala FA, Negeri Sembilan pula terikat tanpa jaringan menentang Sabah pada aksi timbal balik di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, namun layak ke separuh akhir menerusi agregat 1-0.

Negeri Sembilan menang tipis 1-0 ke atas Sabah pada aksi suku akhir pertama di Stadium Likas, pada 1 April lepas.

Dalam pada itu, juara dua kali Piala FA, Terengganu terpaksa beraksi sehingga ke penentuan sepakan penalti sebelum mengatasi Sarawak 4-1 pada aksi di Stadium Negeri, Kuching bagi menempah tiket ke separuh akhir.

Kedua-dua pasukan sebelum itu, terikat 1-1 dengan Issey Nakajima-Farran meletakkan Terengganu di hadapan menerusi jaringan seawal minit kesembilan sebelum Demerson Bruno Costa menyamakan kedudukan untuk Sarawak pada minit ke-80.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan seri 1-1 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 1 April lepas.

Juara bertahan Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan melayan kunjungan Pahang pada aksi timbal balik di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada Ahad ini.

Untuk rekod, Pahang menewaskan JDT 3-1 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 1 April lepas.

Kedah dijadual menentang Terengganu, manakala Negeri Sembilan akan menanti pemenang perlawanan antara Pahang dan JDT pada aksi separuh akhir, yang menggunakan format timbal balik pada 28 dan 29 April untuk aksi separuh akhir pertama dan 12 dan 13 Mei ini untuk aksi timbal balik.

Final Piala FA dijadual berlangsung di Stadium Shah Alam pada 20 Mei ini. – BERNAMA

Tags: Piala FA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah

‘Hari Ini Bukan Hari Untuk Kita Pulang Ke Rumah Dengan Kepala Kita Ke Bawah’

25/08/2024
0

KUALA LUMPUR: Kata-kata semangat Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi 'azimat' yang membawa...

JDT Pertahan Piala FA

JDT Pertahan Piala FA

22/07/2023
0

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa bermandi peluh sebelum memastikan Piala FA berjaya dipertahankan buat dua musim berturut-turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd