• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kartun Nanyang: Pemuda UMNO P.Pinang Lapor Polis

oleh AK-47
11/04/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis berhubung penyiaran kartun dalam akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau yang dianggap menghina Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Naib Ketuanya, Jasmin Nordin berkata pihaknya membuat laporan itu berikutan kesal dengan penerbitan dibuat akhbar terbabit yang telah merendahkan martabat orang beragama Islam.

“Kita harap pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengkaji semula permit akhbar tersebut kerana akhbar ini didapati menggunakan kebebasan secara melulu,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini hari ini.

Jasmin berkata biarpun akhbar itu telah mengemukakan permohonan maaf atas penyiaran kartun itu, perkara itu tidak mudah untuk dilupakan begitu sahaja.

Akhbar itu semalam telah mengemukakan permohonan maaf dan mengakui penyiaran kartun itu adalah tidak wajar untuk tatapan umum.

Pada 8 April lepas, akhbar berkenaan menyiarkan sebuah kartun di portal mereka, yang menggambarkan seekor monyet memakai songkok dan dilabelkan sebagai ‘speaker’ manakala seekor lagi monyet memakai serban dan diberi label ‘Hadi Awang’.

Kedua-dua monyet berkenaan digambarkan sedang bertenggek di atas dahan sebuah pokok yang diberi label ‘Akta 355’. – BERNAMA

Tags: hinaPemuda UMNOTan Sri Pandikar Amin Mulia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bimbang Naratif Terancang Hakis Kuasa Raja-Raja Melayu – Pemuda UMNO Pekan

Bimbang Naratif Terancang Hakis Kuasa Raja-Raja Melayu – Pemuda UMNO Pekan

25/12/2025
0

PEKAN – Pemuda UMNO Pekan menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan polemik berkaitan isu Titah Adendum yang dilihat berpotensi membentuk naratif berbahaya...

Kes Dr Akmal: Pemuda UMNO Gesa Keadilan Tanpa Campur Tangan Politik

Kes Dr Akmal: Pemuda UMNO Gesa Keadilan Tanpa Campur Tangan Politik

21/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Pemuda UMNO menggesa sebarang tindakan undang-undang terhadap ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh, perlu dilaksanakan secara adil, telus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd