• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kakitangan KTMB Kenaikan Gaji Minimum RM1,200

oleh Ahmad Albab
25/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 862 kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menerima kenaikan gaji minimum daripada RM1,000 kepada RM1,200 mulai bulan depan.

Pengerusi KTMB, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata jumlah kakitangan yang bakal menerima kenaikan itu adalah 15 peratus daripada jumlah pekerja KTMB, yang kini bergaji pokok di bawah RM1,200.

“Gaji baharu ini turut merangkumi pelarasan gaji pokok, caruman majikan untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pada Februari lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memutuskan dalam Majlis Ekonomi Bumiputera agar semua syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) melaksanakan penetapan gaji minimum RM1,200 sebulan selewat-lewatnya pada Julai 2017.

Nawawi berkata langkah penetapan kenaikan gaji itu diputuskan lebih awal oleh pihak pengurusan tertinggi KTMB bagi menghargai usaha kakitangan yang telah bekerja keras selama ini.

“Ia juga merupakan hadiah awal sempena bulan puasa daripada pihak pengurusan kepada kakitangan KTMB terutamanya yang berpendapatan rendah,” katanya.

Pada awal bulan ini, Najib, yang juga Menteri Kewangan, telah meluluskan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus kepada semua kakitangan bukan eksekutif menerusi Perjanjian Bersama yang ke-8 antara KTMB dan Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB.

Selain itu, bagi kakitangan eksekutif pula menerima pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus menerusi Perjanjian Bersama Keenam antara KTMB dan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan KTMB. – BERNAMA

Tags: GajiKTMB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd