• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaedah Pengapungan Mingguan Langkah Tepat

oleh Ahmad Albab
16/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kaedah pengapungan terkawal secara mingguan bagi penetapan harga minyak adalah bertepatan buat masa ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata ini kerana penetapan harga minyak di Malaysia dipengaruhi pasaran harga bahan api dunia yang tidak tetap.

Jika dilihat pada permulaan kaedah pengapungan secara mingguan ini dilaksanakan, sebanyak 17 sen telah diturunkan bagi RON95 dan 19 sen untuk RON97 serta sembilan sen bagi diesel dan masyarakat masih lagi mendapat manfaat kerana harganya masih munasabah dan terkawal.

Bagaimanapun, kerajaan sentiasa bersiap sedia untuk mengambil langkah lebih proaktif sekiranya harga minyak dunia naik secara mendadak, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MyPrihatin Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) peringkat Parlimen Titiwangsa di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Nadzri Siron dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan.

Beliau mengulas masalah kenaikan harga minyak sebanyak dua kali sepanjang bulan ini yang dilihat membebankan rakyat.

Johari juga tidak menolak kemungkinan peperangan di Syria ketika ini memberi impak kepada kenaikan harga minyak dunia.

Apabila ada serangan dari Amerika Syarikat terhadap negara itu (Syria) yang merupakan pengeluar minyak di rantau Asia Barat, maka pelbagai pihak berpendapat bekalan minyak dunia akan terganggu…ini antara berlaku peningkatan harga minyak secara mendadak, katanya.

Harga runcit mingguan bagi tempoh 13-20 April untuk petrol RON95 naik lapan sen kepada RM2.24 seliter, RON97 naik sembilan sen kepada RM2.52 seliter manakala diesel naik lapan sen kepada RM2.16 seliter.

Sementara itu, pada program berkenaan, seramai 325 peserta berjaya mendapatkan lesen memandu percubaan motosikal B2 (motosikal tidak melebihi 250cc). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Johari Abdul Ghaniharga minyak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan cukai jalan bagi kenderaan diesel sebagai langkah meringankan beban rakyat. Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd