• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JR Plus: Tambah Nilai Kepada Strategi BN Menangi PRU

oleh Ahmad Albab
15/04/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Jalinan Rakyat (JR) Plus yang dilancarkan semalam merupakan satu langkah agresif parti untuk memantap lagi jentera Barisan Nasional (BN) dan khususnya dalam ‘menghadapi ‘waktu-waktu kecederaan’ sebelum tiba Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata langkah itu membolehkan semua parti komponen BN termasuk MIC, MCA, dan Gerakan menjalankan usaha lebih berfokus serta bersepadu dalam mendekati pengundi di kawasan masing-masing bagi memastikan kejayaan besar parti pada PRU nanti.

“JR ini biasanya dilakukan oleh wanita, namun realiti dalam politik pada hari ini kita dalam masyakarat mempunyai banyak segmen-segmen berbeza yang perlu dittangani dan didekati seperti golongan muda, wanita dan puteri.

“Sebab itu di peringkat jawatankuasa tertinggi parti telah memutuskan kita perlu ada nilai tambah untuk mengenal pasti pengundi dengan lebih dekat dan secara bersasar bukannya seperti dahulu menaikkan kain rentang sudah cukup untuk menarik mereka mengundi parti.

“Misalnya, Pemuda lakukan program yang boleh menarik dan selesaikan masalah golongan belia, Puteri pula dengan caranya tersendiri, sebab kita nak pastikan dalam waktu kecederaan seperti ini kita lebih kenal siapa pengundi kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2017 Sime Darby Walk di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Presiden dan Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Seramai 6,500 orang menyertai program berjalan sejauh 3.8 kilometer itu sekitar bandar Temerloh yang diadakan bertujuan menyedarkan orang ramai tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar.

Hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Holdings Berhad, Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad.

Sharkar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelancaran JR Plus oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur semalam yang julung kali diadakan dengan menggabungkan semua kekuatan tiga jentera sayap komponen BN.

Sementara itu, Sharkar yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, berkata, BN dan UMNO Pahang sendiri telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya dengan melakukan gerak kerja turun padang mendekati pengundi untuk merasai denyut nadi rakyat dan membantu menyelesaikan masalah mereka. – BERNAMA

Tags: BNUMNO Pahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan mengingatkan Presiden UMNO supaya tidak menyamakan tahap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd