• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPN Pahang Tahan 8 PATI Di Kuantan

oleh Ahmad Albab
26/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pahang menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di sekitar Balok di sini, hari ini.

Timbalan Pengarah JPN negeri Nazri Fairuz Mahmod berkata mereka ditahan dalam Op Terancang yang bermula pukul 9 malam semalam dan berakhir 4 pagi tadi, yang disertai 42 anggota JPN Pahang dan Terengganu serta polis.

“Lapan orang termasuk seorang wanita dan kanak-kanak ditahan dalam operasi itu. Kesalahan yang dilakukan ialah tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah manakala dua orang ditahan kerana menggunakan kad pengenalan palsu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Nazri Fairuz berkata kesemua mereka kini ditahan di Lokap Berpusat Indera Mahkota di sini, dan siasatan dijalankan mengikut Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 atas kesalahan menggunakan pengenalan diri orang lain.

Menurutnya, bagi kesalahan tiada dokumen perjalanan yang sah, mereka yang terlibat akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Tags: JPNPati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

25/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan dakwaan membabitkan beberapa warga Pakistan memperoleh kad pengenalan biru adalah aduan ditularkan semula....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd