• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johan Nasihat Zizan Cepat-Cepat Kahwin

oleh AK-47
17/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEAKRABAN yang terjalin di antara pelawak popular Johan dan Zizan memang tidak dapat disangkal lagi.

Semuanya bermula dari program pertandingan Raja Lawak yang telah mengangkat kedudukan mereka sehingga menjadi somebody sekarang dalam bidang seni hiburan negara.

Malah pada awal kemunculan selepas tamat program tersebut, duo ini turut membawa jenama Jozan bagi bersaing dalam Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega.

Jadi, memang boleh dikatakan kedua-duanya memang sangat rapat dan hubungan persis bromance seperti Ben Affleck dan Matt Damon jika di Hollywood sana.

Dari segi status, hanya Johan sahaja yang sudah berkeluarga sementara Zizan masih solo selepas putus cinta dengan aktres cantik Emma Maembong beberapa tahun lalu.

Sebagai kawan baik, Johan turut ada menasihatkan Zizan agar segera berkahwin kerana pada Johan jika seseorang itu sudah mendirikan rumah tangga, hanya pada ketika itulah mereka mengetahui erti tanggungjawab yang sebenar.

“Pada saya selagi dia tak berkahwin selagi itu dia tidak akan berfikir tentang tanggungjawab. Lagipun saya rasa dia sudah cukup bersedia dari segi ekonomi untuk berkahwin. Saya habiskan masa hampir dua jam dengan Zizan hanya bercakap mengenai perkahwinan malah sempat saya ceritakan perjalanan saya dan isteri.

“Sebenarnya Zizan pernah beritahu yang dia kagum dan suka lihat cara saya yang berpakaian sederhana dan banyak melebihkan isteri serta anak-anak. Dia juga kata suatu hari nanti dia mahu jadi macam saya. Saya terus menasihati dia supaya berkahwin dengan cepat kerana selepas berkahwin baru dia akan tahu makna kehidupan yang sebenar,” katanya memetik portal Astro Gempak.

Johan berkahwin dengan pelakon Ozlynwaty dan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Haziq, Sodiq, Aariq dan Chantiq Hanania. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Johanpelawakselebritizizan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd