• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKDM Rampas Dadah Bernilai RM1.09 Juta Dari Dhaka

oleh AK-47
07/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas dadah jenis methamphetamine seberat 15.56 kilogram bernilai RM1.09 juta yang dihantar dari Dhaka, Bangladesh dan menahan tiga lelaki warga India pada Rabu lepas.

Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Zulkifli Yahya berkata dadah itu ditemukan disorokkan dalam tujuh kotak pakaian kemeja T dalam serbuan di sebuah kediaman di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

Katanya susulan penemuan dadah berkenaan dalam serbuan pada 1.20 tengah hari hasil makluman awam itu, tiga lelaki warganegara India berusia antara 30 hingga 40 tahun ditahan pada hari yang sama.

“Siasatan awal mendapati konsainmen ini telah dihantar dari Dhaka, Bangladesh ke negara ini melalui kargo KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) dan daripada situ, konsainmen itu dihantar dengan lori kepada penerima di Bandar Bukit Tinggi Klang,” katanya dalam sidang media di Pejabat Cawangan Narkotik JKDM di sini, hari ini.

Beliau beliau berkata ketiga-tiga suspek direman tujuh hari bermula 5 April lepas bagi siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Ditanya sama ada dadah tersebut untuk pasaran tempatan atau transit, Zulkifli berkata ia masih dalam siasatan.

Beliau meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat penyeludupan dan lain-lain maklumat berkaitan dadah kepada JKDM menerusi talian bebas tol JKDM 1-800-88-8855 atau Pejabat Cawangan Narkotik di talian O6- 7917587/7792/7987 atau mana-mana pejabat JKDM. – BERNAMA

Tags: dadahDatuk Zulkifli YahyaKastam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

600 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Shantytown

Next Post

Syria Terkejut Cuma 6 Maut Dibedil 59 Tomahawk AS

Related Posts

Sistem Kawalan Keselamatan AI Kekang Penyeludupan Dadah Guna Kurier

Sistem Kawalan Keselamatan AI Kekang Penyeludupan Dadah Guna Kurier

24/06/2025
0

Kuala Lumpur: Taktik penyeludupan dadah melalui penghantaran kurier dikekang menerusi pembangunan sistem kawalan keselamatan berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI). Ia...

Penyalahgunaan Dadah, Vape Kini Krisis Nasional

Penyalahgunaan Dadah, Vape Kini Krisis Nasional

21/06/2025
0

KUALA LUMPUR: penyalahgunaan dadah yang kian meruncing dan penggunaan rokok elektronik atau vape berleluasa dalam kalangan belia bukan lagi isu...

Next Post

Syria Terkejut Cuma 6 Maut Dibedil 59 Tomahawk AS

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd