• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Leka Bertemu JDT – Ketua Jurulatih Kelantan

oleh AK-47
12/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Ketua Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail mengingatkan pemainnya supaya tidak mengambil mudah perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam esok.

Zahasmi berkata anak buahnya tidak boleh leka dengan melakukan kesilapan sama seperti ketika menentang Pahang pada Sabtu lepas, mengakibatkan Kelantan tewas 1-2 di halaman sendiri.

“Johor pasukan yang bagus, jika kami leka, tidak memberi tumpuan dan melakukan banyak kesilapan, mereka (JDT) boleh menewaskan kami dengan jaringan besar seperti ketika mereka menewaskan Melaka United 7-0 Ahad lepas,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Justeru, Zahasmi mahu pemainnya beraksi seperti perlawanan akhir dan memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri bagi mencipta kejutan ke atas pasukan dari selatan tanah air itu.

Beliau berkata semua tonggak utama pasukannya akan diturunkan pada perlawanan tersebut.

“Saya berharap penyerang import dari Brazil, Alessandro Celin dapat diturunkan selepas beliau sudah pulih daripada kecederaan. Pemain tengah dari Perancis, Mario Gomez juga akan kembali beraksi selepas digantung satu perlawanan kerana menerima dua kad kuning,” katanya.

Sementara itu, ketua pasukan Kelantan Mohd Badhri Mohd Radzi berkata rakan sepasukannya perlu melakukan sesuatu untuk menghalang Johor membawa pulang mata.

“Kami perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan malam esok dan saya percaya dengan kelebihan yang dimiliki oleh rakan-rakan sepasukan saya.

“Kemenangan adalah penting bagi memberi semangat kepada banyak pihak, baik penyokong mahupun pengurusan pasukan Kelantan,” katanya.

Kelantan kini berada pada kedudukan keenam liga dengan 12 mata selepas lapan perlawanan, hasil empat kemenangan dan empat kalah. – BERNAMA

Tags: Zahasmi Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kelantan Mungkin Turun Tanpa Gomis Berdepan MU

07/07/2017
0

KOTA BHARU – Pasukan Kelantan mungkin beraksi tanpa pemain tengah Morgaro Gomis apabila menentang Melaka United pada saingan Piala Malaysia...

Tumpu Perlawanan, Lupakan Isu Dihadapi – Zahasmi Ismail

05/05/2017
0

KOTA BHARU - Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail mahu pemainnya melupakan tindakan pemotongan mata, sebaliknya tetap fokus pada aksi pusingan kedua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd