• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Dedahkan Data Peribadi Anda Di Media Sosial

oleh Ahmad Albab
22/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Orang ramai sekali lagi diingatkan agar tidak sekali-kali mendedahkan maklumat peribadi mereka di media sosial.

Mengingatkan demikian, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata kebanyakan pengguna sering cuai dengan memuatnaik data peribadi mereka secara terbuka di media sosial tanpa menyedari ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan data mereka untuk perkara negatif.

“Apa yang ingin saya nasihatkan pengguna-pengguna di luar sana, jangan kita sewenang-wenangnya berkongsi maklumat peribadi sama ada nama, tarikh lahir atau pun nombor akaun (bank).

“Kebanyakan pengguna media sosial teruja memuat naik gambar yang mengandungi maklumat peribadi contohnya keputusan peperiksaan di mana di dalamnya terkandung nombor kad pengenalan dan lain-lain, begitu juga mereka yang memuatnaik gambar pasport sedangkan banyak maklumat peribadi dipaparkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jailani yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu berkata maklumat ataupun data peribadi rakyat negara ini adalah tertakluk di bawah Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

“Sekiranya mana-mana pihak memperolehi data peribadi (kita), dan menyebar luaskannya tanpa persetujuan kita, ia menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 130… apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh membantu sekiranya ada pihak yang mencuri dan menyebarkan data peribadi orang lain, katanya.

Sebarang permasalahan ataupun aduan mengenai kecurian data peribadi boleh dibuat di laman web [email protected], katanya. – BERNAMA

Tags: Jailani Joharimedia sosial
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Pandang Serius Hantaran Berunsur Fitnah, PDRM Buka Siasatan

Kerajaan Johor Pandang Serius Hantaran Berunsur Fitnah, PDRM Buka Siasatan

30/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor memandang serius satu hantaran media sosial yang didakwa mengandungi unsur hasutan, fitnah serta ajaran mengelirukan...

“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan

“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham meluahkan perasaan mengenai kejatuhan perniagaannya yang turut memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd