• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Kepak Ayam: JKDM Akui Wujud Kelemahan Lokasi

oleh Ahmad Albab
06/04/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) mengakui wujud kelemahan dari segi lokasi dan pengawasan berhubung isu pelupusan kepak ayam di Sibu, Sarawak, baru-baru ini sehingga mengakibatkan penduduk setempat menggali semula kepak ayam berkenaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk T Subromaniam berkata bagaimanapun pihaknya sudah pun mengikuti semua prosedur yang perlu dipatuhi ketika membuat pelupusan.

“Kalau import ayam, pertama kena ada permit daripada veterinar dan kedua, kena ada sijil halal, kalau tiada memang Kastam akan rampas.

“Tatacara pelupusan memang mengikut prosedur tetapi kita tidak jangka orang akan gali balik, 20 kaki (dalam) untuk cari ayam, mungkin di situ ada kelemahan dari segi pengawasan,” katanya selepas menghadiri majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JKDM Kedah 2016 di sini hari ini.

Sebelum ini, JKDM merampas lapan kontena kepak ayam berikutan ketiadaan permit mengimport, namun hanya tiga kontena yang dilupuskan minggu lalu.

“Dalam kes di Sibu, kepak ayam itu diimport oleh syarikat yang tidak wujud, dan orang pun tidak wujud, jadi bila ada rampasan, Kastam ada kuasa untuk melupuskan barang itu,” katanya.

Beliau berkata pelupusan lima kontena kepak ayam lagi selepas ini akan dibuat dengan lebih teliti dan berhati-hati bagi mengelak kejadian itu daripada berulang.

Sebanyak 81,500 kilogram kepak ayam dari Netherlands telah dirampas oleh pasukan penguat kuasa dari Putrajaya pada 23 Feb lalu di Lembaga Pelabuhan Rajang kerana tiada permit import.

Nilai kepak ayam yang terlibat dianggarkan RM543,756 dengan duti import RM108,751.20.

Penduduk setempat yang mendengar berita mengenai pelupusan yang diuruskan Kastam Putrajaya itu telah menggali kepak-kepak ayam beku pada Selasa lalu untuk kegunaan sendiri dan untuk dijual. – BERNAMA

Tags: kepak ayam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azharina Tauke Kepak Ayam Bakar

16/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi yang popular dengan lagu Elegi Sepi, Azharina teruja perniagaan kepak ayam bakar yang diusahakannya di Puchong,...

Siasatan Isu Tanam Kepak Ayam Siap 2 Minggu

11/04/2017
0

KUCHING - Pasukan khas yang ditubuhkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi menyiasat isu kepak ayam yang ditanam di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd