• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azharina Tauke Kepak Ayam Bakar

oleh Cj Mnh
16/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang popular dengan lagu Elegi Sepi, Azharina teruja perniagaan kepak ayam bakar yang diusahakannya di Puchong, Selangor, mendapat sambutan hangat.

Azharina berkata, pada mulanya, dia dan pembantu peribadi, Ani hanya mahu mencuba dan suka-suka membuka perniagaan itu, minggu lalu.

“Saya tidak sangka sambutan sangat baik, bayangkan dalam masa dua jam habis semua yang kami jual apabila diserbu peminat.

“Saya dan Ani gembira dan bersemangat untuk meneruskan perniagaan ini walaupun sebenarnya sangat memenatkan,” katanya kepada BH Online.

Azharina membuka gerai kepak ayam bakar di sebuah restoran di Puchong sejak seminggu lalu. Selain juadah itu, mereka turut menyajikan satay.

Bercerita lanjut juadah yang dijual, Azharina berkata, semua makanan itu berteraskan resipi asli dari Sabah iaitu negeri kelahirannya.

“Ini memang air tangan saya dan Ani. Buat masa ini, hanya kami berdua yang menyediakan ramuan dari awal hingga akhir.

“Saya sedang mencari pekerja untuk membantu selain merancang membuka beberapa cawangan,” katanya.

Azharina yang muncul dengan single Cinta Terbagi Dua, awal tahun ini memberitahu, dia bakal tampil dengan sebuah lagi single berjudul Lakar Janji.

Menurutnya, lagu itu menjadi antara dendangan paling mencabar buat dirinya sejak 18 tahun bergelar penyanyi.

“Bagaimanapun, kita masih dalam peringkat awal rakaman, ada beberapa penambahbaikan yang perlu dibuat. Saya juga akan menerbitkan klip video, kalau boleh, ia akan dilancarkan akhir tahun ini,” katanya. – BH Online

 

Tags: Azharina Azharkepak ayam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Artis Terkejut Ramai Anak Muda Banjiri Karnival ONE

01/04/2018
0

MERIAH... Karnival Online Networking Entrepreneurs (ONE) yang berlangsung sejak tahun 2015 memang amat dinantikan ramai peniaga atas talian tempatan bagi...

Azharina Ditipu Syarikat Ejen Pembantu Rumah

06/11/2017
0

MENGUPAH orang gaji atau amah untuk menguruskan rumah memang berisiko tinggi terutamanya berkenaan isu keselamatan dan kepercayaan terhadap pembantu rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd