• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Maut Kemalangan Selepas Rawatan Di Kuantan

oleh Ahmad Albab
07/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang ibu maut selepas kereta yang dipandu anaknya terbabas dan merempuh tiang elektrik dalam kemalangan di Kilometer 88 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, pukul 11.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Mazlan Hassan berkata mangsa, Rohana Kamarul Zaman, 48, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya, manakala anak lelakinya Muhammad Ikram Haffis Abu Hanipa, 27, yang juga pemandu kereta, patah tangan kanan.

“Dua lagi penumpang belakang iaitu adik kepada pemandu, Nuratiqah Zahira, 18, serta rakannya Shawaruddin Ahmad, 23, hanya mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Temerloh untuk mendapat rawatan,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian kesemua mangsa dilaporkan dalam perjalanan pulang ke Temerloh selepas selesai membawa Rohana menjalani rawatan di sebuah klinik swasta di sini.

Katanya kenderaan yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tiang elektrik menyebabkan tiang itu patah dan kereta tersebut terbalik ke cerun curam.

“Pemandu serta penumpang belakang kenderaan itu berjaya keluar dari kereta manakala Rohana yang duduk di bahagian hadapan tersepit dalam kenderaan sebelum dibawa keluar oleh anggota bomba, namun disahkan telah meninggal dunia.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rusia Lancar Kapal Selam Tercanggih Di Dunia

Next Post

Ahli Perniagaan Disamun RM25,000 Di Bayan Lepas

Related Posts

Dua Warga Asing Maut Kereta Langgar Lori Buat Pusingan U

Dua Warga Asing Maut Kereta Langgar Lori Buat Pusingan U

23/05/2025
0

MELAKA: Seorang lelaki dan wanita warga asing maut selepas kereta dinaiki mereka melanggar sebuah lori di Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka...

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

12/05/2025
0

Seremban: Pelajar kolej maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas di KM 223.7 Lebuhraya Utara...

Next Post

Ahli Perniagaan Disamun RM25,000 Di Bayan Lepas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd