• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Perniagaan Disamun RM25,000 Di Bayan Lepas

oleh Ahmad Albab
06/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang ahli perniagaan wanita kerugian RM25,000 apabila wang tunai yang baru dikeluarkan dari sebuah bank di Bayan Baru, dekat sini dilarikan dua lelaki semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Anuar Omar berkata dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, wanita yang berada di dalam keretanya itu dihampiri seorang lelaki yang mengetuk cermin keretanya dan memberitahu duit wanita itu terjatuh di luar keretanya.

“Wanita berusia 34 tahun itu membuka pintu keretanya dan keluar untuk melihatnya dan memberitahu duit itu bukan miliknya sebelum terus masuk ke dalam kereta dan menyedari beg tangannya yang diletakkan di tempat duduk penumpang hilang ketika dia cuba menghidupkan enjin keretanya.

“Di dalam beg itu terdapat wang tunai RM25,000 termasuk RM22,000 yang baru dikeluarkan dari bank untuk membayar gaji pekerja, pelbagai kad bank serta dokumen peribadi milik mangsa,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan rakaman CCTV di bank berkenaan terdapat dua lelaki tanpa sebarang urusan di bank itu masuk secara berasingan dan duduk di ruangan menunggu.

Kedua-dua lelaki terbabit keluar bersama-sama selepas ahli perniagaan berkenaan selesai urusan di bank itu, katanya.

Beliau berkata berdasarkan percakapan lelaki terbabit, wanita itu mengenal pasti lelaki itu adalah rakyat asing. – BERNAMA

Tags: kes samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd