Sunday, November 3, 2024

Creating liberating content

Data Pelanggan Hotel Shangri-La...

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara...

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.4 skala Richter melanda Kepulauan Loyalty,...

Kabinet Setuju Struktur Majlis...

SELAMA - Kabinet yang bermesyuarat pada Rabu lalu telah mempersetujui cadangan mengenai struktur...

Setahun Pakatan Harapan: Rakyat...

ALOR SETAR - Pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang memasuki tempoh setahun bukan sahaja...

Hasil Pengeluaran Harumanis Meningkat 100%

KANGAR – Hasil pengeluaran mangga Harumanis Perlis pada musim ini meningkat lebih seratus peratus berikutan cuaca dan persekitaran yang lebih menggalakkan pertumbuhan tanaman itu.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Ahmad Bakri Ali berkata hasil pengeluaran mangga itu bagi tahun ini dijangka meningkat kepada RM55 juta berbanding RM24 juta pada tahun lepas.

Katanya, jumlah pengeluaran mangga harumanis pada musim ini ialah sebanyak 2,150 metrik tan melibatkan kawasan tanaman seluas 1,037 hektar.

“Kerajaan juga telah menetapkan harga lantai bagi mangga harumanis untuk dijual pada harga RM26 satu kilogram bagi buah gred A dan orang ramai boleh mendapatkan mangga itu di pasaran bermula pertengahan Mei nanti,” katanya kepada pemberita di sini.

Ahmad Bakri berkata selain berusaha meningkatkan hasil mangga itu dengan penambahan kawasan tanaman baharu, kerajaan sentiasa mencari idea-idea baharu bagi menjamin kualiti buah yang dikeluarkan menepati piawaian menerusi penanaman bersistematik.

“Peladang Harumanis juga disaran memiliki sijil pendaftaran Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia atau ‘Malaysian Good Agricultural Practices’ (MyGAP) yang menjamin buah dihasilkan adalah selamat dimakan.


“Daripada 46 peladang harumanis yang berdaftar, 36 orang telah memiliki sijil itu manakala 10 lagi telah dalam proses mendapatkannya dan kami akan perbanyakkan lagi ladang yang mendapat sijil berkenaan,” katanya.

Beliau turut mengambil maklum titah saranan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semalam, yang mahu melihat harumanis disajikan dalam pesawat nasional.

Baginda bertitah demikian semasa melancarkan Jualan Mempelam Harumanis Perlis 2017 di Pusat Kecemerlangan Mempelam Harumanis di sini petang semalam.

Saranan Raja Muda yang mahu kerajaan negeri meneroka pasaran yang lebih dinamik untuk memastikan harumanis mempunyai prospek pasaran meluas dalam kelasnya yang tersendiri adalah sangat baik dan kerajaan negeri akan berusaha ke arah itu, menurut Ahmad Bakri. – BERNAMA

Kategori