• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gudang Data Kesihatan, Platform Bersepadu Dikongsi

oleh AK-47
18/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini melancarkan Gudang Data Kesihatan Malaysia (MyHDW), satu platform perkhidmatan kesihatan bersepadu yang menghubungkan hospital dan klinik awam dan swasta termasuk data pesakit dalam satu sistem yang selamat, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata sistem penjagaan kesihatan komprehensif ini yang dibangunkan Kementerian Kesihatan dan Institut Sistem Mikroelektrik Malaysia (MIMOS) pada 2015, akan berkongsi analisis, data dan penyelidikan dengan fasiliti penjagaan kesihatan bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (Hospital Universiti) dan Kementerian Pertahanan (Hospital tentera).

Sebelum ini, beliau berkata, pengumpulan data kesihatan dilakukan secara manual dan melahirkan satu keadaan silo walaupun terdapat kemajuan dalam teknologi untuk merekodkan data kesihatan secara elektronik.

“Penggunaan ICT dalam silo adalah mahal dan rumit berikutan rekod perubatan pesakit tidak boleh dikongsi jika mereka mendapatkan rawatan di hospital yang lain.

“Sekarang, MyHDW akan memberi tumpuan terhadap pengumpulan data terperinci untuk tujuan pertanyaan dan analisis. Ia mempunyai satu portal yang boleh diakses kepada pelbagai data kesihatan, katanya kepada pemberita selepas melancarkan MyHDW di kementeriannya di sini.

Sebagai contoh, Dr Subramaniam berkata, jika seseorang ingin tahu mengenai peratusan pesakit diabetes atau kanser di negara ini, mereka boleh mengakses sistem itu.

“Bagaimanapun, sistem itu tidak memberi akses kepada kumpulan yang tidak relevan mengenai maklumat khusus atau terpencil berhubung butiran data kesihatan seseorang pesakit. Maklumat itu hanya boleh diakses oleh orang yang berkaitan untuk tujuan penyelidikan dan analisis,” katanya.

Dr Subramaniam berkata bagi fasa pertama sistem MyHDW yang telah dilaksanakan, sejarah 2.5 juta pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, swasta, hospital universiti dan tentera boleh diakses pegawai perubatan secara komprehensif untuk rujukan dan tindakan susulan.

Fasa kedua akan terus mengumpul 70 juta rekod data perubatan pesakit luar di fasiliti penjagaan kesihatan yang lain seperti klinik kesihatan dan klinik pakar.

“Maklumat ini termasuk demografi, intervensi klinikal dan prosedur, dan dibentangkan dalam bentuk agregat yang mudah diakses tanpa sempadan masa dan lokasi,” katanya.

Dr Subramaniam berkata MyHDW akan memanfaatkan data raya dan analitik bagi membantu membuat keputusan perniagaan yang strategik, meningkatkan kecekapan perniagaan, memacu pertumbuhan hasil dan juga melahirkan model perniagaan yang baharu dan inovatif berasaskan amalan yang jelas.

Jika sebuah hospital telah berjaya melaksanakan prosedur kardiologi dengan kecekapan kos, hospital yang lain boleh mengikuti prosedur yang sama bagi menjimatkan kos dan mengurangkan perbelanjaan perubatan yang tidak perlu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Ubah Cara Berpolitik, Kekal Relevan

24/05/2018
0

PUTRAJAYA - Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada anggotanya untuk...

Filem Pendek Tun M Terdesak Raih Simpati Pengundi

30/04/2018
0

SEGAMAT - Filem pendek penuh emosi menampilkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dua pelakon kanak-kanak, dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd