• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST: Nurul Izzah Disaran Mohon Maaf Kerana ‘U-Turn’

oleh AK-47
27/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar disaran memohon maaf kepada penyokong parti itu yang bermati-matian berdemonstrasi di jalanan membantah pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus sebelum ini dek hasutan beliau.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Fahariyah Md. Nordin berkata, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai perlu juga meminta maaf kepada rakyat kerana jauh di sanubari pemimpin pembangkang termasuk Nurul Izzah mahu terus melaksanakan GST jika berjaya memerintah negara kerana menyedari ia maknisme terbaik untuk ekonomi negara.

Justeru, beliau menyeru Nurul Izzah supaya berhenti bermain ‘kong kali kong’ dan bersikap ‘putar alam’ semata-mata untuk memperbodohkan rakyat berkaitan kenyataannya tentang isu GST yang pelbagai.

“Setelah diserang bertalu-talu apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Pakatan Harapan akan meneruskan GST sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, kini dia cuba ‘menjernihkan’ keadaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Izzah hari ini berkata, Pakatan Harapan kekal berpendirian bahawa pelaksanaan GST sebanyak enam peratus adalah satu beban yang tidak wajar kepada rakyat.

Beliau mendakwa kononnya ketika Pakatan Harapan berjuang menghapuskan GST, malangnya Barisan Nasional (BN) cuba mengelirukan rakyat fakta berkaitan kutipan GST.

Fahariyah menjelaskan, Nurul Izzah mungkin terlupa kenyataannbeliau semasa berucap di ceramah anjuran Parti Pribumi Bumiputera Malaysia (PPBM) di Pulau Pinang sebelum ini.

Nurul Izzah di suatu ceramah dilaporkan baru-baru ini sebagai berkata GST tidak akan diteruskan pada kadar sekarang sekali gus membayangkan GST akan tetap dilaksanakan oleh Pakatan Harapan jika berjaya merampas Kerajaan Persekutuan.

“Sesungguhnya, rakyat sudah muak dan jelik dengan sandiwara politik pembangkang yang sering mengeluarkan kenyataan tidak serupa bikin dan kemudian menyalahkan orang lain tanpa segan silu.

“Saya menyeru kepada rakyat untuk berfikiran matang dan tidak mudah mempercayai apa yang diperkatakan oleh pihak pembangkang kerana telah banyak terbukti kenyataan mereka hanya satu manipulasi mengelirukan rakyat bagi menyemai sentimen kebencian kepada kerajaan sedia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak,” kata Fahariyah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Fahariyah Md. NordinGSTNurul Izzah Anwar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd