Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Pengusaha Kedai Dobi Perlu...

KUALA LUMPUR - Pengusaha kedai dobi yang menggunakan sistem paip gas berpusat yang...

Rungutan Tentang Gua Gomantong...

SANDAKAN - Kerajaan Sabah akan mencari jalan terbaik bagi menangani keadaan di Gua...

Foto Dikecam Netizen, Syed...

ALAHAI... Syed Saddiq Syed Abdul Rahman beri peringatan kepada media agar waspada lapor...

4 Anggota Kumpulan Ajaran...

BANGI - Empat anggota kumpulan ajaran sesat Hizbut Tahrir Malaysia didakwa di Mahkamah...

GST: 20% Syarikat Hantar Penyata Cukai Meragukan

KUCHING – Kira-kira 25,000 daripada lebih 437,000 syarikat yang berdaftar di bawah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) didapati masih tidak menghantar penyata pembayaran mereka kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Ketua Pengarah Kastam Datuk T. Subromaniam berkata daripada jumlah yang menghantar penyata itu pula 20 peratus daripadanya didapati menampilkan penyata pembayaran cukai yang meragukan.

Beliau berkata syarikat-syarikat ini adalah antara yang akan dikunjungi oleh pegawai-pegawai Kastam dalam Operasi CBOS 3.0, untuk tinjauan pemeriksaan, diberi nasihat, ditunjuk ajar, serta dibantu membuat pembetulan sekiranya perlu.

Menurutnya tinjauan juga dibuat bagi mengenal pasti mengapa ada syarikat yang tidak menghantar penyata; kerana syarikat-syarikat berkenaan mungkin sudah tidak lagi beroperasi, atau sudah berpindah alamat atau sebab-sebab lain.

“Sepanjang tahun ini, kita sasar kira-kira 200,000 syarikat akan dilawati, dan sekitar 200,000 lagi disasar tahun depan, jumlah ini akan merangkumi sebahagian besar daripada keseluruhan syarikat registran GST dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Operasi CBOS 3.0 Sarawak di Wisma Kastam di sini hari ini.

Subromaniam berkata ini adalah kali ketiga CBOS yang menerapkan strategi lautan biru dalam meningkatkan kecekapan pungutan hasil menerusi pengukuhan kerjasama antara bahagian dan negeri dalam Jabatan Kastam sendiri dilancarkan.


Menurutnya menerusi CBOS tahun lepas, amaun pungutan hasil kastam bertambah RM1.5 bilion, dan CBOS 3.0 ini diyakini akan memberi kesan berganda ke atas kecekapan pengurusan organisasi Kastam.

Sementara itu, menurut kenyataan yang diedarkan kepada media di majlis pagi ini, bagi tempoh antara Januari dan Mac tahun ini pungutan hasil GST Import di Sarawak meningkat RM36,760,688 atau 80.46 peratus, menjadikan jumlah pungutan menjangkau RM82,448,947 berbanding tempoh sama tahun lepas.

Menurut kenyataan itu, pungutan hasil GST tempatan pula dalam tempoh yang sama tahun ini didapati meningkat RM92,030,865, atau 18.49 peratus, menjadikan jumlahnya menjangkau RM598,719,500.

Merujuk kepada Operasi CBOS 3.0 pula, menurut kenyataan itu Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak mengesan dan menyelamatkan hasil berjumlah RM16,588,593 antara Januari dan Mac tahun ini, iaitu peningkatan lebih tiga kali ganda berbanding sasaran awal suku pertama tahun ini sekitar RM5,250,000. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

Kategori