• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA Sasar 20 PPL Di Seluruh Negara Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
23/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian dan Persekutuan (FAMA) menyasarkan untuk mewujudkan 20 lagi Pusat Pengumpulan Ladang (PPL) di seluruh negara tahun ini.

Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Seri Dr Ismail Bakar berkata jumlah berkenaan merupakan tambahan kepada 122 PPL yang sudah wujud di seluruh negara sejak 2012 hingga tahun lepas.

“Kita mahu luaskan konsep PPL ini kerana ia bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan petani malah mewujudkan peluang pekerjaan dan mengatasi lebihan hasil pertanian di pasaran,” katanya kepada pemberita selepas melawat PPL Kampung Sri Pantai, Senggarang, di sini hari ini.

PPL merupakan pusat pengumpulan hasil pertanian di peringkat ladang yang menjadi tempat pertemuan pemasar dan pengeluar selain sebagai pusat peningkatan kualiti seperti aktiviti penggredan, pembungkusan, pelabelan serta pusat informasi pasaran.

Tujuan PPL diwujudkan adalah untuk menggalakkan para pengeluar menjalankan operasi secara komersial dan menjual terus hasil pertanian mereka ke pasaran.

Ismail berkata 122 PPL yang aktif itu melibatkan penyertaan seramai 1,259 usahawan dengan nilai kendalian hasil pertanian sebanyak 16,264 tan metrik berjumlah RM24.36 juta dan menjangkakan usahawan PPL dapat ditingkatkan kepada lebih 2,000 orang tahun ini.

Beliau berkata 14 daripada 122 PPL adalah di Johor yang melibatkan 174 usahawan dengan nilai kendalian hasil pertanian sebanyak 9,741 tan metrik berjumlah RM16.62 juta.

Ismail berkata hasil pertanian tersebut dibersihkan, digred dan dibungkus mengikut permintaan pasaran sebelum dijual di pasar tani di negeri ini, diedar kepada peruncit di Johor dan Lembah Klang serta dieksport ke Singapura.

Sementara itu, Amran Jantan, 62, yang mengusahakan PPL di Kampung Sri Pantai sejak awal 2015 berkata pusat itu mengumpul pelbagai hasil pertanian seperti cili merah, serai, daun pisang dan keladi daripada kira-kira 10 peserta ladang kontrak di sekitar Batu Pahat dan Pekan Nenas, Pontian .

“Penghantaran hasil pertanian ke Singapura termasuk di lima pasar dilakukan enam kali seminggu dengan melibatkan nilai jualan RM8,000 hingga RM9,000 bagi setiap penghantaran,” katanya yang mula menceburi bidang perniagaan sejak 1989 dengan menjual hasil laut dan ikan kering.

Amran yang merupakan Orang Asli Pantai dan menyertai jualan di pasar tani di Johor Bahru sejak 2014 turut menerima Anugerah Pemasar Kukuhjaya yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena sambutan 50 tahun FAMA, dua tahun lepas. – BERNAMA

Tags: FAMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd