Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

KESA FC Digantung, Disingkir...

KUALA TERENGGANU: KESA FC yang terbabit dengan insiden pergaduhan dalam Liga Bolasepak Terengganu...

Berehatlah Tun Mahathir

Simpati terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana sekali lagi dimasukkan ke Institut Jantung...

Anak Lelaki Ahmad Hakimi...

Tak siapa menduga anak kecil berusia sembilan bulan ini akan kehilangan bapanya dalam...

Adakan Kempen Besar-Besaran Boikot...

BERDASARKAN tindakan secara satu pihak yang diambil Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald J....

FAM Cadang Tan Cheng Hoe Selesaikan Tugas

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mencadangkan agar Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe menyelesaikan tugas membantu pasukan Kedah sehingga berakhir saingan Piala FA musim ini.

FAM dalam kenyataan dikeluarkan hari ini menyatakan badan induk sukan bola sepak negara itu akan mengadakan perbincangan bersama pasukan Kedah mengenai situasi yang dihadapi oleh Tan.

Sementara itu laporan Bernama hari ini mengesahkan Tan telah menyerahkan surat perletakan jawatannya sebagai jurulatih ‘Lang Merah’ kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) pada Sabtu lepas.

Tan berkata beliau telah menyerahkan surat berkenaan kepada pengurusan KFA dan kini masih menunggu sebarang maklum balas daripada persatuan itu.


Kedah dijadualkan menentang PKNP FC bagi perlawanan timbal balik suku akhir Piala FA di Stadium Perak, Ipoh pada 21 April ini. – BERNAMA

Kategori