• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Nelayan Dilaporkan Hilang Ketika Memukat Ikan

oleh Ahmad Albab
07/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANGKAK – Dua nelayan dilaporkan hilang ketika memukat ikan apabila bot dinaiki mereka dipercayai dilanda ribut kira-kira 1.5 batu nautika dari Pengkalan Nelayan Kesang Laut, di sini.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohad Idris Samsuri berkata difahamkan kedua-dua nelayan itu, Rizalman Baba, 42, dan Johari Abu Bakar, 46, keluar memukat ikan dari jeti pengkalan berkenaan kira-kira pukul 11 malam semalam dan sepatutnya pulang pada 8 pagi tadi.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan kehilangan kedua-dua mereka pada pukul 1.45 tengah hari sebelum segera melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Gerakan mencari hari ini hanya menemukan pukat dipercayai digunakan mereka, manakala bot jenis gentian kaca yang dinaiki masih belum ditemukan.

“Terdapat dua buah bot lain keluar berasingan bersama mangsa malam tadi, namun mereka selamat pulang ke jeti pengkalan selepas menyedari ribut mula melanda. Difahamkan kejadian ribut itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi tadi,” katanya kepada pemberita di jeti Pengkalan Nelayan Kesang Laut, di sini malam ini.

Mohad Idris berkata operasi SAR bersama Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia Kuala Linggi, Pasukan Polis Marin Muar dan enam perahu serta tiga bot nelayan tempatan ditangguhkan pada pukul 7 malam ini.

“Operasi SAR tadi meliputi kawasan pencarian dari perairan Kuala Sebatu sehingga ke muara Sungai Muar sebelum bersambung semula dengan bantuan anggota Bomba dan Penyelamat pada 7 pagi esok,” katanya. – BERNAMA

Tags: Nelayan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekalan Air Terjejas Di Kawasan KL, Gombak

Next Post

Trump Arah Lancar 59 Peluru Berpandu Serang Syria

Related Posts

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

Jari Tangan Kanan Peniaga Burger Putus Tersepit Mesin Pengisar Daging

Nelayan Didakwa Cabul Anak Luar Nikahnya Sendiri

16/11/2023
0

KOTA BHARU – Seorang nelayan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau dengan mencabul...

Next Post

Trump Arah Lancar 59 Peluru Berpandu Serang Syria

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd