• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Arah Lancar 59 Peluru Berpandu Serang Syria

oleh
08/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC- Amerika Syarikat (AS) melancarkan 59 peluru berpandu Tomahawk ke atas Syria sebagai tindak balas terhadap serangan senjata kimia oleh pemerintah Syria pada minggu ini.

Seorang pegawai tentera AS mengesahkan serangan tersebut awal 7 April. Kapal-kapal tentera laut AS di Laut Mediterranean melancarkan serangan ke atas sebuah pangkalan udara yang terletak di tengah bandar Homs.

Ia menjadi tumpuan setelah laporan perisikan AS menunjukkan bahawa pangkalan Shayrat dijadikan sebagai markas jet gempur tentera udara Syria melancarkan serangan kimia pada 4 April lalu ke atas Khan Sheikhdum.

Menurut pegawai AS yang enggan identitinya didedahkan, serangan kejam oleh tentera Syria itu mengorbankan 86 orang awam di bandar tersebut yang dikuasai kumpulan penentang Presiden Basyar al-Assad pada Selasa lalu.

Berita serangan biologi terhadap puluhan orang awam termasuk kanak-kanak menerima kutukan masyarakat antarabangsa selepas tular visual rakaman menunjukkan suasana ngeri mangsa menggelupur akibat kesan kimia.

“Malam ini (Khamis) saya mengarahkan agar serangan tentera AS dilancarkan di udara Syria di mana serangan kimia itu dilancarkan,” kata Presiden Donald Trump semasa berucap di sebuah kelab di Florida semalam.

Beliau yang meraikan majlis makan malam dengan Presiden China, Xi Jinping malah berikrar dengan tegas: “Saya menggesa semua negara yang bertamadun supaya menghentikan pembunuhan dan pertumpahan darah di Syria.”

Jabatan Pertahanan AS atau Pentagon di sini mengesahkan dua buah kapal pemusnah tentera AS berada di Laut Mediterranean, USS Porter dan USS Ross ditugaskan untuk melancarkan serangan dramatik tersebut awal hari ini.

Duta Rusia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York, Vladimir Safronkov mengesahkan bahawa negaranya telah dimaklumkan oleh Pentagon lebih awal mengenai pelancaran serangan peluru berpandu Tomahawk berkenaan.

Ini juga untuk membolehkan para pegawai tentera Rusia dan Syria yang berada di pangkalan udara tersebut dapat mengambil langkah kecemasan serta mengurangkan risiko kematian apabila serangan nekad oleh AS dilancarkan.

Pangkalan Shayrat terletak kira-kira 145 kilometer dari ibu kota Damsyik, menempatkan 40 buah pesawat tempur tentera udara Syria antaranya jenis MiG21 MF dan Sukhoi 22M buatan Rusia daripada tiga skuadron yang berbeza.

Terdahulu stesen televisyen milik pemerintah Syria melaporkan pada 31 Mac lalu bahawa “serangan jahat AS” bakal menyasarkan sebuah pangkalan tentera Syria dengan “puluhan peluru berpandu”. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Syria
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

18/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan belum berhasrat membawa pulang lebih 50 rakyat Malaysia termasuk pelajar yang kini berada di Syria susulan kejatuhan...

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

2 Lapangan Terbang Utama Syria Henti Operasi

22/10/2023
0

DAMASCUS: Perkhidmatan dua lapangan terbang utama di Syria terpaksa dihentikan selepas serangan dilakukan Israel hari ini, lapor media kerajaan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd