• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Seri, Anak Direman Skandal Tanah P.Pinang

oleh Ahmad Albab
12/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang penasihat sebuah syarikat pemaju hartanah bergelar Datuk Seri dan anaknya bergelar Datuk direman enam hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan skandal tanah yang melibatkan yayasan itu.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 74 dan 47 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid yang membenarkan permohonan dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dua beranak itu, yang memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dan diiringi pegawai SPRM, tiba di Kompleks Mahkamah Pulau Pinang pada kira-kira 10.50 pagi dan dilihat keluar dari bangunan reman pada jam 12 tengah hari.

Penasihat dan anaknya yang merupakan pengarah urusan syarikat itu ditahan ketika dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM negeri dan ibu pejabat SPRM di Putrajaya, semalam.

Menurut kenyataan SPRM sebelum ini, kedua-dua mereka mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat pemaju hartanah terkemuka di Pulau Pinang yang turut disenaraikan di Bursa Malaysia.

Mereka dipercayai telah menyalahgunakan kedudukan mereka dan menjual tanah milik anak syarikat yayasan tersebut tanpa melalui proses dan tatacara yang ditetapkan dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga asal.

Selain itu, perbuatan kedua-dua beranak itu juga dipercayai telah mengakibatkan kerugian jutaan ringgit kepada anak syarikat milik yayasan berkepentingan Bumiputera di negeri itu sejak beberapa tahun lepas. – BERNAMA

Tags: rasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd