• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dasar Pengambilan Pekerja Korea Utara Masih Kekal

oleh Ahmad Albab
02/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pengambilan pekerja asing dari Korea Utara diteruskan mengikut tatacara sedia ada dan permintaan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Masir Kujat.

Masir berkata seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semalam, hubungan diplomatik dua negara masih dikekalkan dan rakyat Korea Utara masih bebas untuk melawat negara ini, begitu juga sebaliknya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Penyampaian Watikah Pelantikan Lembaga Hakim Pelawat Peringkat Negeri Sarawak di Pejabat Penjara Negeri Sarawak, Jalan Puncak Borneo hari ini.

Masir turut mengesahkan bahawa Jabatan Imigresen Sarawak baru-baru ini telah menahan beberapa pekerja rakyat Korea Utara kerana didapati bekerja di negeri ini tanpa permit yang sah, tetapi kesemua mereka telahpun dihantar pulang ke negara asal.

Sementara itu, beliau berkata sehingga kini terdapat 58,000 banduan di penjara di seluruh negara termasuk 2,078 orang di penjara-penjara di negeri Sarawak.

Katanya, 30 peratus banduan di penjara di Sarawak adalah warga asing yang menjalani hukuman kerana melakukan pelbagai kesalahan jenayah, majoritinya menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di negeri ini dan juga bekerja dengan permit kerja yang sudah tamat tempoh sahnya.

Terdahulu, dalam ucapannya Masir berkata kadar jenayah di Sarawak masih yang terendah berbanding negeri lain jika diukur dengan jumlah penghuni di penjara berbanding kapasiti penghuni yang masih rendah.

“Statistik menunjukkan jumlah penghuni yang ada kira-kira 50 peratus di bawah kapasiti 3,040 bagi seluruh penjara di negeri Sarawak,” katanya.

Di samping itu, katanya seramai tiga calon banduan mendapat 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini manakala Gred Purata Sekolah (GPS) secara keseluruhan untuk Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti di Penjara Puncak Borneo meningkat daripada 6.10 kepada 5.38.

Dalam bidang kemahiran, seramai 1,726 penghuni penjara berjaya diberi sijil mengikut bidang yang ditawarkan pada tahun lepas, sekali gus sasaran sekurang-kurangnya 1,500 orang mendapat sijil dalam tempoh setahun, tercapai.

Beliau berkata daripada 974 bekas penghuni penjara di Sarawak yang menjalani hukuman di luar tembok seperti sistem parol, hanya 14 orang didapati kembali melakukan jenayah. – BERNAMA

Tags: Korea Utarasarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

Letusan Gas Di Tapak NCH Kuala Lawas Masih Dipantau, Sampel Dihantar Untuk Analisis

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB LAWAS – Kejadian letusan gas yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) Seksyen 2 di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd