• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Nasihat PAS Kembali Kepada Ajaran Islam Sebenar

oleh AK-47
11/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya bertaubat kerana mengeluarkan kata-kata yang kotor dan kesat ke atas parti itu.

DAP dalam satu kenyataan berkata, Abdul Hadi wajar bertaubat kerana membiarkan lidahnya yang gigih berzikir dan menuturkan nama Tuhan dicemari kata-kata kotor dan kesat.

DAP memetik firman Allah S.W.T dalam surah an-Nahl, ayat 125 yang menyeru supaya seruan kepada jalan Allah S.W.T dibuat secara berhikmah dan baik.

“Kami tidak melihat sebarang kebaikan atau hikmah daripada bicara Abdul Hadi dengan kata-kata yang tidak padan dengan sunah kenabian yang cuba beliau amalkan sehari-hari.

“Semoga Abdul Hadi banyak beristighfar dan merujuk kembali ajaran Islam sebenar yang santun dan penuh hikmah,” kata DAP dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hadi semalam mendedahkan bahawa DAP sebenarnya adalah parti PAP Singapura kerana DAP pada asalnya adalah PAP sebelum Singapura keluar daripada Malaysia.

Justeru, Abdul Hadi menyifatkan DAP sebagai “butir tahi” PAP selain mendedahkan terdapat pihak tertentu dalam negara menjadi tali barut kuasa asing untuk mengubah landskap politik negara ini supaya sejajar dengan ideologi barat.

DAP dalam pada itu berkata, parti berkenaan berasa lega kerana ditakdirkan tidak punya pemimpin yang jijik tutur kata meskipun giat menyebut bahasa agama dan ketuhanan seperti Abdul Hadi.

“Kami bersimpati dengan kader-kader PAS yang ternyata telah meninggalkan tarbiah dan manhaj yang digariskan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat,” dakwa DAP. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd