• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cubaan Seludup Dadah Dalam Kotak Manisan Tumpas

oleh Ahmad Albab
12/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Cubaan seorang lelaki warganegara India menyeludup 5.9 kilogram dadah bernilai RM260,000 di dalam kotak manisan, berjaya dipatahkan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata lelaki berusia 34 tahun itu tiba di KLIA dari Mumbai pada pukul 6.50 pagi dan ditahan pada pukul 8.20 pagi selepas dilihat berlegar-legar dalam keadaan mencurigakan.

“Dia dibawa untuk membuat imbasan bagasi di mesin pengimbas kastam dan mendapati terdapat barang mencurigakan di dalam bagasi tersebut.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 40 kotak manisan di dalam bagasi suspek dan 38 daripadanya mengandungi dadah yang disorokkan di bawah bungkusan manisan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, di sini hari ini.

Beliau berkata hasil soal siasat yang dijalankan, lelaki berasal dari Chennai itu mendakwa dirinya seorang pemilik kedai telefon bimbit di Mumbai dan datang ke negara ini untuk mendapatkan bekalan peralatan telefon.

Abdul Aziz berkata ini adalah kali ketiga suspek masuk ke negara ini pada tahun ini menggunakan visa lawatan sosial dan sepatutnya pulang semula ke India melalui penerbangan yang dijadualkan pada 7.50 malam ini.

“Dia tahu apa yang dia buat adalah salah sebab kalau tidak, dia takkan berlegar-legar dalam kawasan KLIA,” katanya.

Menurutnya suspek membawa dadah itu untuk diserahkan kepada seorang lelaki yang tidak dikenalinya di luar kawasan KLIA.

Abdul Aziz berkata suspek direman selama tujuh hari sehingga 16 April ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.- BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd