• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cubaan Korea Utara Lancar Peluru Berpandu Gagal

oleh Ahmad Albab
16/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Korea Utara cuba untuk melancarkan peluru berpandu dekat Sinpo di pantai timur negara itu pada Ahad tetapi dipercayai misi berkenaan gagal, kata tentera Korea Selatan.

Cubaan melancarkan peluru berpandu tersebut dibuat sehari selepas Korea Utara mengadakan perarakan tentera di ibu negara sempena ulang tahun pemimpin agung negara itu.

“Korea Utara cuba untuk melancarkan peluru berpandu yang tidak dikenali dari wilayah Sinpo pagi ini tetapi dipercayai gagal,” kata Pejabat Ketua Turus Bersama di Korea Selatan dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut berhubung perkara itu, dan pejabat tersebut memberitahu ia menganalisis pelancaran peluru berpandu berkenaan.

Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik dari rantau yang sama awal bulan ini menjelang mesyuarat sidang kemuncak antara pemimpin Amerika Syarikat (AS) dan China, sekutu utamanya, berhubung program senjata Korea Utara.

Ketegangan memuncak berikutan spekulasi mengenai Korea Utara akan melakukan ujian nuklear keenam atau ujian peluru berpandu balistik sempena ulang tahun pada 15 April yang disebut sebagai Hari Matahari.

Rumah Putih berkata, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ‘memberi amaran’ kepada Korea Utara manakala kemungkinan tentera AS bertindak terhadap Pyongyang mendapat perhatian susulan serangan AS terhadap Syria pada 7 April lalu.

AS sedia melancarkan serangan awal ke atas Korea Utara sekiranya Pyongyang terus berdegil mengadakan ujian nuklear.

Sebaliknya, Korea Utara memberi amaran sedia menyerang AS menggunakan senjata nuklear sekiranya provokasi terus dilakukan. – Reuters/mStar Online

Tags: Korea UtaraPeluru Berpandu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd