Tuesday, September 10, 2024

Creating liberating content

Selepas Mercedes, Exco Kelantan...

KOTA BHARU - Belum habis isu pembelian Mercedes Benz yang mendapat pelbagai kritikan,...

2 Pekerja Mahkamah Didakwa...

KUALA LUMPUR - Dua penjawat awam yang berkhidmat di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur...

Kastam Kelantan Rampas Mercun,...

PASIR MAS - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya merampas mercun, bunga...

Agong Berkenan Terima Menghadap...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

Cadang Majlis Perundingan Kawalan Harga Rumah

MUAR – Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan agar kerajaan menubuhkan sebuah majlis perundingan bagi mengawal kenaikan harga rumah, kata Presidennya Datuk Azih Muda.

Beliau berkata usaha itu mesti dilaksakan segera kerana kerajaan perlu mengawal harganya dan bukan mengikut ketetapan pemaju perumahan semata-mata.

Beliau berkata berdasarkan aduan yang diterima Cuepacs, 40 peratus permohonan pinjaman pembiayaan perumahan oleh penjawat awam melalui bank mahupun Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) ditolak berikutan gaji mereka yang tidak mencukupi.

“Kita lihat pada masa kini, harga rumah terlalu mahal seolah-olah tiada kawalan dan jika perkara ini berterusan, maka penjawat awam atau rakyat yang berpendapatan di bawah RM8,000 tidak mampu untuk membeli rumah berkembar dua apatah lagi memiliki sebuah rumah sendiri.

Misalnya, harga rumah teres di ibu kota ada yang mencecah sehingga RM993,000, sedangkan harga ini sangat tidak munasabah dengan gaji bagi penjawat awam. Ini menyebabkan mereka yang bekerja di sekitar Lembah Klang masih lagi tidak memiliki kediaman sendiri,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian mesyuarat agung tri tahunan Anulae Cawangan Majlis Perbandaran Muar dan Kospeta Malaysia Berhad Cawangan Muar di sini hari ini.

Azih berkata selain itu, syarat yang ditetapkan pihak pemaju dan harga pasaran rumah yang semakin meningkat seolah-olah tiada sebarang kawalan dilaksanakan yang mendorong kepada kenaikan itu.


Beliau berkata sekiranya senario peningkatan harga pasaran rumah ini kekal berterusan dan tidak dikawal, maka semakin ramai penjawat awam tidak mampu memiliki rumah pertama.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya berharap agar kerajaan menyemak dengan teliti punca status rumah pemilikan bumiputera hendak ditukar dan bukan dengan mudah meluluskannya atas alasan unit rumah berkenaan tidak dapat dijual.

“Ia berkemungkinan harga yang terlalu tinggi menyebabkan golongan bumiputera tidak mampu untuk membelinya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan perlu mewujudkan mekanisme baharu dengan mengkaji bagaimana untuk memastikan rumah berstatus pemilikan bumiputera habis terjual khususnya kepada penjawat awam,” katanya. – BERNAMA

Kategori