• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buat Kerja Sambilan, Cari Duit Lebih Untuk Bagi Anak

oleh Ahmad Albab
17/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – “Adik pernah cakap dia buat kerja membersih saluran air sebab nak cari duit untuk kesenangan dua anak perempuannya,” kata ibu kepada Mohamad Nur Syafiq Mohamad Naser, 27, seorang daripada mangsa yang maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air di hadapan pusat membeli-belah Angsana Mall, di sini awal pagi tadi.

Rosenah Sulaiman, 59, berkata anak bongsu daripada tiga beradik itu bekerja membersih saluran air secara sambilan di sebuah syarikat swasta selain bekerja di sebuah kedai perabot di Pokok Assam, Taiping.

Katanya, mangsa yang mesra dipanggil ‘adik’ itu telah berpisah dengan bekas isterinya setahun setengah yang lepas dan sejak itu anaknya menetap bersamanya di Trong, Taiping.

“Kedua-dua anak adik yang masing-masing berumur enam dan empat tahun dijaga oleh isterinya. Setakat ini saya tidak dapat menghubungi mereka lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Baca: 2 Pekerja Pembersihan Maut Jatuh Saluran Air

Tambah beliau, anaknya itu pernah bercerita; “Selalunya adik akan masuk dahulu ke dalam lubang saluran air itu sebab lubang itu sempit, adik pula mempunyai badan yang kecil”.

“Adik memang seorang yang boleh diharap, tidak suka menyusahkan orang lain malah ringan tulang membantu membuat kerja rumah dan selalu membawa mak cik jalan-jalan tidak kira waktu. Adik merupakan anak yang paling rapat dengan mak cik.

“Kali terakhir berjumpa pukul 9.30 malam tadi. Adik ada mengadu letih tetapi dipanggil untuk bekerja sebab tidak cukup orang,” katanya dan menambah jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Trong, Taiping.

Sementara itu, usaha pemberita untuk menemu bual isteri mangsa kedua, Siti Mariam Sukri, 38, di perkarangan Jabatan Forensik HRPB gagal kerana terlalu sedih dengan kejadian yang meragut nyawa suaminya, Mohamad Ilaala Che Aziz, 27, yang berasal dari Kelantan.

Awal pagi tadi, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh P. Samasuvam berkata dua pekerja pembersihan sebuah syarikat swasta maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air di hadapan pusat membeli-belah Angsana Mall di sini semasa melakukan kerja-kerja pembersihan. – BERNAMA

Tags: maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd