• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berita Fitnah: Presiden PAS Saman Sarawak Report

oleh
27/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan saman fitnah ke atas pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata saman terbabit difailkan peguam Abdul Hadi, Carter-Ruck, pada 21 April lalu bagi mendapatkan perintah injuksi dan ganti rugi daripada defendan tersebut.

Ia berhubung artikel di laman web terbabit bertajuk ‘As Najib Denies All Over 1MDB, Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections’ yang disiarkan portal asing itu pada 6 Ogos 2016.

Beliau berkata, tindakan dibuat apabila artikel terbabit menuduh Presiden PAS secara peribadi menerima atau mendapat atau melulus penerimaan sejumlah besar rasuah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dana rahsia sebanyak RM90 juta itu konon sebagai pertukaran untuk kompromi dalam hal pendirian politik parti Islam tersebut untuk tidak menentang UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum.

“Segala tohmahan adalah tidak benar yang jelas merosakkan dan menjejaskan reputasi Presiden PAS yang amat komited dengan proses demokrasi sejak sekian lama, di mana falsafah politik dan tindak-tanduk berpegang teguh kepada prinsip Islam.

“Mengambil kira fitnah yang amat berat, Presiden PAS kemudian melantik peguam bagi meminta artikel terbabit dibuang oleh Sarawak Report dan portal itu menyiarkan permohonan maaf.

“Tetapi Clare pula gagal memberi respon malah turut menyiarkan beberapa lagi kenyataan awam yang jelas merumitkan keadaan,” kata Takiyuddin.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-63 di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut di sini hari ini.

Takiyuddin berkata, Presiden PAS tidak akan membiarkan tohmahan fitnah berlalu begitu sahaja tanpa dicabar kerana ia menjejaskan nama baiknya.

“Tindakan saman bagi membetulkan keadaan yang jelas teruk menjejaskan reputasinya di Malaysia, Singapura, England dan Wales,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Abdul Hadi AwangSarawak Report
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pelbagai usaha dilakukan UMNO sejak dulu bagi memperkukuh pendidikan berteraskan Islam di negara ini, tetapi...

Iran Satu-satunya Negara Berani Hadapi Zionis – Abdul Hadi 

Iran Satu-satunya Negara Berani Hadapi Zionis – Abdul Hadi 

07/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan Iran sebagai satu-satunya negara yang benar-benar membuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd