• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan Direman 7 Hari

oleh Ahmad Albab
16/04/2017
dalam Jenayah, Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas pemain bola sepak kebangsaan ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung isu mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana membabitkan kelab Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA).

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengeluarkan perintah reman terhadap lelaki berusia 43 tahun itu bermula hari ini.

Lelaki itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam ketika menyerah diri bagi membantu siasatan berhubung kes mengatur perlawanan Liga Perdana.

Selasa lepas, SPRM melalui kenyataan meminta beliau hadir ke ibu pejabat SPRM secepat mungkin bagi membantu siasatan berhubung kes mengatur perlawanan.

Beliau yang pernah bermain untuk pasukan Selangor dan Negeri Sembilan kelihatan tenang apabila tiba di Mahkamah Majistret di sini pada 9.20 pagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(b) (A) Akta SPRM 2009 yang membawa kepada hukuman denda lima kali ganda nilai suapan dan penjara maksimum 20 tahun.

Pada 6 April, tiga pemain bola sepak MISC-MIFA – dua pemain tempatan masing-masing berusia 26 dan 27 tahun dan pemain import Argentina berusia 29 tahun ditahan reman kerana dipercayai menerima rasuah antara RM10,000 dan RM30,000 daripada bookie untuk menentukan perlawanan.

Pada 7 April, seorang pekerja kedai besi buruk dipercayai sebagai bookie, 49, ditahan reman kerana menawarkan sejumlah wang dengan nilai ribuan ringgit kepada pemain kelab itu untuk menentukan keputusan perlawanan Liga Perdana musim ini.

Rabu lepas, tiga pemain MIFA yang ditahan reman selama tujuh hari berhubung kes yang sama telah dibebaskan dengan jaminan SPRM oleh Mahkamah Majistret Putrajaya manakala bookie berkenaan disambung reman sehingga 17 April ini. – BERNAMA

Tags: bola sepakKes Rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd