• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditemui Belakang Rumah

oleh AK-47
07/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dan dalam keadaan berdarah ditemui ditinggalkan dalam kotak beralaskan kain di belakang sebuah rumah di Taman Seri Intan 2, Hutan Melintang, dekat sini awal pagi Khamis.

Kehadiran bayi malang itu disedari seorang suri rumah S. Vasanthi, 49, bersama suaminya selepas terdengar tangisan bayi berkenaan pada pukul 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Wan Hassan Wan Ahmad berkata penghuni rumah itu kemudiannya mengambil bayi malang tersebut sebelum dibersihkan dan membuat laporan di Balai Polis Hutan Melintang untuk tindakan lanjut.

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditemui Belakang Rumah

“Bertindak daripada laporan yang diterima, pasukan polis telah ke lokasi kejadian dan siasatan awal mendapati keadaan belakang rumah pengadu adalah lorong gelap yang berhubung dengan jalan utama,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya bayi perempuan cukup sifat itu telah dihantar ke Klinik Kesihatan Hutan Melintang sebelum dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut.

Setakat ini pengadu tidak dapat mengesyaki sesiapa ibu kepada bayi tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan ibu kepada bayi perempuan berkenaan, kata Wan Hassan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: bayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd